Tindakan Boleh Dikenakan Jika Gagal Hadir Janji Temu Suntikan Vaksin

Gagal hadir temu janji vaksin COVID 19 boleh dikenakan tindakan – KP Kesihatan

Mereka yang gagal hadir janji temu untuk mengambil suntikan vaksinasi COVID19 tanpa alasan munasabah, boleh dikenakan tindakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini bagi mengelak berlakunya pembaziran memandangkan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang dicairkan, tidak boleh disimpan untuk penggunaan pada hari lain ekoran jangka hayatnya tidak lebih enam jam.

Selain itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin tersebut juga akan diberikan kepada penerima lain. Bagaimanapun setakat ini kerajaan masih menggunakan budi bicara.

Katanya, individu yang sudah menerima tarikh dan masa akan sentiasa dimaklum melalui notifikasi supaya tidak terlepas suntikan vaksin untuk mereka.

“Sebenarnya mereka yang terlepas temu janji boleh ambil tindakan, di negara lain kalau mereka memotong jadual temujanji juga boleh ambil tindakan, denda dan sebagainya.

“Kita harapkan rakyat Malaysia patuh namun, bagi memastikan tiada pembaziran berlaku, akan adanya senarai menunggu membabitkan anggota barisan hadapan seperti yang dilakukan negara luar,” katanya.

Baca juga: Kompaun Ingkar SOP PKP Dinaikkan RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

temu janji vaksin covid

Notifikasi Temu Janji Vaksin COVID 19 Akan Diberi Melalui Aplikasi MySejahtera

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, Dr. Maheswara berkata, individu yang sudah ditentukan tarikh temu janji akan menerima notifikasi melalui aplikasi MySejahtera melibatkan tujuh hari dan tiga hari sebelum diberikan suntikan.

“Pengguna akan diberi peringatan untuk mengesahkan kehadiran terhadap tarikh yang diberikan.

“Jika individu itu tidak boleh hadir pada tarikh itu, dia perlu menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi mengesahkan kehadirannya,” katanya.

Oleh itu, diingatkan kepada orang awam yang telah mendaftar agar mematuhi temu janji vaksin COVID 19 seperti yang ditetapkan setelah menerima notifikasi melalui aplikasi MySejahtera.

*Sumber: https://www.bernama.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: