Kompaun Ingkar SOP PKP Dinaikkan RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

Hati-hati semua. Pastikan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kalau tak nak kena kompaun.

Menurut sumber terkini dari Jabatan Peguam Negara, kompaun ingkar SOP PKP akan dinaikkan kepada RM10,000 mulai 11 Mac nanti.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Menurut laporan dari Sinar Harian, laman Pejabat Peguam Negara telah mewartakan perkara ini di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Kompaun SOP PKP Dalam Warta Kerajaan Persekutuan

Kompaun sop pkp
Kompaun sop

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Pada Januari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa draf cadangan kepada pejabat peguam negara (AGC) untuk menaikkan kompaun telah dibuat.

Perkara itu dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 terdapat keperluan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ini kerana keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.

*Sumber: Harian Metro

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: