Contoh Ucapan Hari Guru, Pantun & Puisi – Selamat Hari Guru!

Contoh Ucapan Hari Guru ~ 16 Mei adalah merupakan salah satu tarikh istimewa yang ditunggu-tunggu saban tahun terutamanya oleh para pelajar dan juga pendidik. 

Ia merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan seorang guru. Sambutan Hari Guru Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaan 2023 kali ini membawa tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.

BACA JUGA: 10 Idea Hadiah Hari Guru Yang Berguna dan Menarik!

Sempena Hari Guru yang bakal tiba, pasti ramai yang tercari-cari idea ucapan, pantun mahupun puisi yang sesuai serta istimewa untuk diberikan kepada para guru. 

Walaupun ucapan Hari Guru kelihatan ‘simple’ sahaja, namun ia adalah hadiah yang cukup bermakna. Apa yang penting adalah tanda ingatan kepada guru-guru yang telah berjasa kepada kita.

Tunggu apa lagi jom semak senarai contoh ucapan hari guru yang istimewa dan menarik di bawah!

BACA JUGA: Tema Hari Guru 2023, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Contoh Ucapan Hari Guru Yang Istimewa & Menarik

A. Kata-kata Menarik, ‘Caption’  & Ucapan Sempena Hari Guru 

  • Untuk guruku yang terhebat di dunia, Selamat Hari Guru! Terima kasih untuk pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan. Kami sayang Cikgu!
  • Selamat Hari Guru 2023 untuk semua yang bergelar guru. Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicurahkan tanpa henti.
  • Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru 2023.
  • Selamat Hari Guru 2023 kepada semua para pendidik yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan keringat dalam mendidik anak bangsa. 
  • “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” – Hadis Riwayat At-Tirmidzi
  • Jasamu akan selalu dikenang, Selamat Hari Guru!
  • Selamat Hari Guru. Tanpamu siapalah kami. Semoga segala kebaikan yang diberikan mendapat sebaik-baik balasan daripada Tuhan. 

B. Contoh Pantun & Puisi Ringkas Sempena Hari Guru

1. Mudik ke hulu mencari palas,

Buat ketupat di hari raya,

Jasa guru tidak terbalas,

Mendidik kami sehingga berjaya.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,

Tanjung Aru tempat berjumpa,

Enam belas Mei tarikh keramat,

Jasa guru jangan di lupa.

2. Bunga melati bunga kemboja,

Harum mewangi di ruang tamu,

Jasa guru tidak terkira,

Mendidik kami tanpa jemu.

Hendak berburu ke luar kota,

Seluas alam bumi terentang,

Tanpa guru siapalah kita,

Ibarat malam tanpa bintang.

3. Pergi ke sawah menanam padi,

Pulang ke rumah lewat petang,

Jasa guru sentiasa di hati,

Akan sentiasa kami kenang.

4. Angin menderu dengan sepoinya,

Di anak tangga duduk berperikan,

Kasih guru akan muridnya,

Masa dan tenaga rela korbankan.

5. Tampak berbekas rindu tersemat,

Tanjung Aru tempat berjumpa,

Enam belas Mei tarikh keramat,

Jasa guru jangan di lupa.

6. Satu dua tiga empat,

Lima enam tujuh lapan,

Llatih tubi sampai dapat,

Apabila dapat maju ke depan.

ABC dan Alif Ba Ta,

Satu dua tiga dan empat,

Selalu cikgu ajar kita,

Dilatih tubi sampai depat.

Lima enam tujuh lapan,

Rajin belajar cepat maju,

Apabila dapat maju ke depan,

Terima kasih banyak Cikgu!

7. Guru,

Tanpamu dunia ini gelap gelita,

Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca,

Tanpamu juga kami akan meraba-raba.

Selamat Hari guru 2023. 

8. Guru,

Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu,

Itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu,

Selamat Hari Guru.

9. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;

Jika hari ini seorang ulama yang mulia;

Jika hari ini seorang peguam menang bicara;

Jika hari ini seorang penulis terkemuka;

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

hari guru
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: