Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Mulai 10 Mei – 6 Jun
KUALA LUMPUR: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19 di seluruh negara.
Baca juga: Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Rumah
“Ia merangkumi aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam.
“Selain itu, aktiviti rasmi, sosial dan bersemuka oleh kerajaan dan swasta, adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, ujarnya keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu.
(Sumber: Astro Awani)
Baca juga: Borang Kebenaran Rentas Daerah / Negeri PKP & PKPB PDRM (Download)