Senarai TASKA Berdaftar JKM, Semak Di Sini!

Senarai TASKA Berdaftar JKM, Semak Di Sini! |  Pemilihan pusat jagaan/asuhan atau TASKA adalah amat penting dalam memastikan penjagaan dan juga keselamatan anak anda terjamin terutamanya apabila anda keluar bekerja.

Untuk memudahkan anda agar anda tidak tersilap memilih pusat jagaan untuk anak anda, berikut dikongsikan senarai TASKA yang berdaftar di bawah JKM. 

BACA JUGA: PINTAS – Cara Memohon Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100

TASKA Berdaftar

TASKA atau taman asuhan kanak-kanak adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” pula didefinisikan sebagai sebuah taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. 

Senarai TASKA Berdaftar JKM, Semak Di Sini!

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyeru agar para ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan/TASKA yang berdaftar di bawah JKM. 

Ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila sesebuah pusat penjagaan tidak mematuhi prosedur pengasuh dan penjagaan kanak-kanak yang telah ditetapkan.

Senarai TASKA Berdaftar JKM

Untuk dapatkan senarai TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh layari laman portal rasmi JKM.

Sila layari pautan berikut untuk semakan TASKA berdaftar di bawha JKM: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/nursery&map_type=01&id=blB5RlVjdVRpSk9kTmVNYWFkWFJjdz09 

Senarai TASKA Berdaftar JKM, Semak Di Sini!

Masukkan nama taska, negeri dan juga daerah untuk menyemak sama ada taska tersebut berdaftar di bawah JKN atau tidak. 

Di halaman yang sama, anda boleh melihat senarai taska-taska yang telah berdaftar di bawah JKM. 

BACA JUGA: Subsidi Yuran TASKA Penjawat Awam 2023 & Cara Memohon

Kategori TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut:

1. TASKA Institusi: Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan. Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

2. TASKA Di Tempat Kerja: Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan. Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja. 

3. TASKA Komuniti: Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan. Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

4. TASKA Di Rumah: Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan. Dijalankan di kediaman sendiri. 

>> Jom dapatkan SET TILAM PRESCHOOLER / TASKA / TRANSIT READY STOCK di sini

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai TASKA berdaftar sila rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: