PINTAS: Cara Memohon Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100
PINTAS: Cara Memohon Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100 ~ Sukacita dimaklumkan, menerusi pengumuman belanjawan Selangor 2023 oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, insentif yuran pendaftaran taska sebanyak RM 100 secara one-off akan diberikan bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah yang terdiri dari keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.
Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) akan dibuka permohonan pada 1 September 2023.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS)
Melalui Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS) ini, ibu bapa di Negeri Selangor berpeluang untuk mendapat bantuan yuran pendaftaran TASKA secara one-off bagi kemasukan anak mereka ke TASKA.
Jumlah Insentif PINTAS
Ibu bapa yang layak akan menerima insentif sebanyak RM100 secara one-off bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah.
Syarat Permohonan
Rujuk syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dalam gambar rajah di bawah:
- Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara.
- Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor.
- Anak berumur 4 tahun ke bawah.
- Menetap di Selangor.
- Ibu & Bapa sedang bekerja.
- Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000.
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga.
- Bukan penerima bantuan Asuh Pintar.
- TASKA dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.
Cara Memohon PINTAS
- Untuk membuat permohonan,sila layari pautan berikut: https://pintas.yawas.com.my.
- Klik butang ‘Pendaftaran.’
- Buat pendaftaran.
- Muat naik dokumen sokongan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran dibuat.
- Proses semakan kelulusan akan dijalankan.
- Jika permohonan lulus, ibu bapa akan menerima RM100 yang akan disalurkan kepada akaun pemohon.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
- Salinan Daftar Pengundi Pemohon (MYSPR)
- Penyata Gaji Pemohon & Pasangan/Akuan Pendapatan
- Salinan Surat Beranak Anak
- Salinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (sekiranya berkaitan)
- Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon (tertera nama & nombor akaun)
- Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan tahun 2023
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS), sila layari laman sesawang berikut: https://pintas.yawas.com.my atau, https://pintas.yawas.com.my/Hubungi.html
Anda juga boleh hubungi:
- Talian: +03 5481 8800
- Emel: [email protected]