11 Skim Bantuan JKM : Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Syarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terkini, dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Mereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak membuat permohonan bagi mendapat bantuan melalui 11 Skim Kebajikan JKM.

Rujuk senarai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan seperti berikut:

Apakah Bantuan JKM?

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

bantuan jkm

11 Jenis Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon & Syarat Kelayakan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

1. Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM

Kadar Bantuan

  • Minimum  sebanyak RM200 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak (mulai 2021)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Rujuk: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000

2. Elaun Pekerja Cacat

Kadar Bantuan

  •  RM400 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,200.00  dan ke bawah; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

*Jika anda belum mendaftar OKU, sila isi borang INI.

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar Bantuan

  • RM250 seorang sebulan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar

Kadar Bantuan

  • RM500 sebulan seorang (mulai 2021)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

5. Bantuan Orang Tua

Kadar Bantuan

  • RM500 sebulan seorang (mulai 2021)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. arga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • institusi kendalian JKM; atau
    • pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU 
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Rujuk: Cara Mohon Bantuan Orang Tua (BoT) JKM RM500 Sebulan Mulai 2021

6. Bantuan Am Persekutuan

Kadar Bantuan

  • RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat Kelayakan

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Anak Pelihara

Kadar Bantuan

RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih

Syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- 

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8. Bantuan Latihan Perantis

Kadar Bantuan

  • RM200 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau  bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

9. Bantuan Geran Pelancaran

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM2,700 sekaligus (one-off)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan

Kadar Bantuan

  • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
  • Contoh alat sokongan:
    • Anggota Palsu
    • Kerusi Roda
    • Alat Bantu Pendengaran
    • Alat-alat Keperluan Lain
    • Penggantian / Baik Pulih Alat

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

11. Tabung Bantuan Segera

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM300 sekaligus; atau
  • (Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kategori kes seperti di Lampiran 1(b); ATAU
  3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan  kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

Baca juga: 28 Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP Yang Boleh Dimohon. Ini Syaratnya & Cara Permohonan

Cara Permohonan Bantuan JKM Secara Online & Manual

i) Permohonan Manual

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

ii) Permohonan Online

Anda juga boleh membuat permohonan Bantuan JKM secara online melalui eBantuan JKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

Klik Daftar dan isikan maklumat dengan lengkap.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada),
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

NOTA:

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Borang Permohonan Bantuan JKM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: