MyCRS 2023: Cara Memohon Subsidi Carseat Kanak-kanak
MyCRS 2023, Subsidi Carseat Kanak-kanak ~ Berita baik untuk para ibu bapa!
Pembelian kerusi keselamatan (carseat) kanak-kanak adalah merupakan salah satu kewajipan iibu bapa dalam memastikan keselamakan mereka terjamin ketika berada di jalan raya. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah kewangan ramai keluarga yang tidak dapat menyediakan keperluan ini.
Sehubungan itu, pihak kerajaan tampil dengan sebuah inisiatif dengan memberi subsidi untuk pembelian kerusi keselamatan (carseat) kanak-kanak melalui program insentif MyCRS bagi membantu meringkan beban kewangan para ibu bapa.
Jom ketahui lebih lanjut tentang subsidi ini, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
Pengenalan Program MyCRS 2023: Subsidi Carseat Kanak-kanak
Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) 2023 merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40.
Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Melalui program ini, setiap keluarga yang layak akan mendapat subsidi untuk pembelian kerusi keselamatan (carseat) bagi meringankan beban kewangan mereka.
Dalam Bajet 2022 yang lalu, Kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM30 juta dan subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi pembelian kerusi keselamatan (carseat) kanak-kanak.
Pada tahun 2023 ini, kerajaan masih lagi meneruskan insentif MyCRS 2023 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbuka kepada KUMPULAN B40 dan M40.
Jumlah Subsidi MyCRS 2023
Keluarga yang layak akan menerima potongan 50% daripada harga asal CRS atau bantuan subsidi sebanyak RM150.
Pembelian kerusi keselamatan (carseat) yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.
Pemberian subsidi ini adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kerusi keselamatan (carseat) bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak diatas jalan raya lebih terjamin.
Syarat Kelayakan
- Penerima bantuan dari kalangan B40 & M40 kategori isi rumah
- Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
- Warganegara yang menetap di Malaysia
- Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.
Permohonan MyCRS 2023
Bagi individu yang belum pernah memohon, anda boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang berikut: https://www.mycrs.gov.my
Permohonan boleh dibuat sehingga 15 September 2023.
Cara Semakan Kelayakan MyCRS 2023
Anda boleh membuat semakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan melalui pautan berikut: https://www.mycrs.gov.my
Semakan kelayakan boleh dibuat bermula 19 Jun 2023.
Cara Penebusan
Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian kerusi keselamatan (carseat) di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.
Semak senarai wakil penjual di pautan berikut: http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp
Pastikan anda membawa dokumen berikut semasa membuat penebusan:
- Salinan MyKad pemohon; DAN
- MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
- Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)
Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MyCRS 2023 (Permohonan Subsidi Carseat Kanak-kanak), sila hubungi/layari:
- Soalan Lazim: http://www.mycrs.gov.my/include/FAQ.pdf
- Laman Web: http://www.mycrs.gov.my/
- Emel: [email protected]