Lupa Kata Laluan BPR? Ini Cara Dapatkan Password Untuk Kemaskini BKM
LUPA KATA LALUAN BPR – INI CARA SET SEMULA PASSWORD / AKTIFKAN SEMULA AKAUN YANG DISEKAT
Saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk Portal BPR. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Mungkin ramai antara kita yang mengalami masalah ini.
Kata laluan adalah penting untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BPR.
Jika anda lupa kata laluan dan mengalami masalah untuk login ke akaun BPR, sila rujuk langkah di bawah:
Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Lupa Kata Laluan BPR
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
- Pergi ke laman web https://bpr.hasil.gov.my/
- Sekiranya anda terlupa kata laluan semasa Log Masuk MyBPR, Klik link Terlupa Kata Laluan?
- Masukkan No. MyKad dan Klik Semak.
- Paparan “Sila masukkan emel yang didaftarkan” akan dipaparkan.
- Anda perlu masukkan alamat emel yang didaftarkan pada Permohonan BPR 2021.
- Sekiranya alamat emel yang diisi adalah berdaftar pada Permohonan BPR 2021, paparan “Sila semak emel anda untuk kata laluan baharu” dipaparkan. Anda perlu semak akaun emel untuk dapatkan kata laluan baharu.
- Emel yang akan diterima akan memberi anda ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara seperti di bawah.
5. Setelah menerima emel Kata Laluan Sementara, anda perlu log masuk semula MyBPR.
6. Masukkan MyKad dan sahkan kata kunci keselamatan, paparan untuk masukkan Kata Laluan Baharu akan dipaparkan seperti di bawah.
- Kata Laluan – Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan
- Kata Laluan Baru – Kata Laluan yang perlu diset semula
- Pengesahan Kata Laluan Baru – Masukkan semula Kata Laluan yang diset semula
EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR DENGAN PERMOHONAN BPR 2021 ATAU TIADA EMEL DIDAFTARKAN
Sekiranya emel tidak sama atau tiada emel didaftarkan pada permohonan BPR 2021, anda perlu menjawab soalan keselamatan.
Caranya seperti berikut:
- Klik Ya, anda perlu menjawab semula soalan keselamatan untuk set semula kata laluan.
- Sekiranya terlupa jawapan bagi soalan keselamatan, anda boleh hubungi / hadir ke Cawangan LHDNM untuk hapus akaun MyBPR bagi pendaftaran semula MyBPR.
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 3, sila lakukannya hubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
- Soalan Lazim :FAQ Bayaran BPR Fasa Pertama / FAQ Bayaran BPR Fasa Kedua
- FAQ BPR Panduan Penetapan Semula Password
Jika ingin cuba mendapatkan semula kata laluan BPR melalui telefon anda (restore memory), boleh cuba cara di bawah.
Baca juga: BPR Fasa 3: Bayaran Mulai 28 Sept, Ini Jumlah Baki Yang Akan Diterima
Cara Dapatkan Semula Password BPR Melalui Phone (Restore Memory)
Jika anda ada save password dalam handphone sebelum ini, anda boleh ikuti langkah berikut untuk cuba mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan cara restore memory.
Kami kongsikan cara yang boleh anda lakukan jika lupa kata laluan BPR, seperti yang ditunjukkan oleh pengguna Facebook, Aisha Aishah.
Baca juga: Cara Buka Akaun ASB Hanya Secara Atas Talian. Mudah Sahaja!