in

Geran Agropreneur Muda RM20,000 Untuk Belia 18-40 Tahun (2021)

geran agropreneur muda
ADVERTISEMENT

Geran Agropreneur Muda dibuka sepanjang tahun bagi tahun 2021 ini melalui Program Agropreneur Muda yang diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Bagi belia yang berminat, bolehlah rujuk artikel ini untuk info selanjutnya!

Apakah Geran Agropreneur Muda?

Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

Baca juga: Selain FoodPanda & Grab, Ini 28 Kerja Freelance Untuk Jana Side Income Di Malaysia

Objektif Geran Agropreneur Muda

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan
  8. Agroteknologi

Kumpulan Sasar

Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.

Syarat-Syarat Asas Permohonan

Syarat-syarat bagi kelayakan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis;
  4. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI;
  5. Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
  6. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

Syarat Tambahan Permohonan Geran

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran; dan
  3. Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.

* Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.

Program Agropreneur Muda

Jenis Bantuan

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :

1. Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik.

Sila rujuk : PAKEJ GERAN AGROPRENEUR MUDA (GAM)

2. Pembiayaan

Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Projek Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

Had maksima Agensi Pembiaya seperti berikut:

  • TEKUN Nasional –  Sehingga  RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek

3. Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif

Khidmat nasihat teknikal, konsultasi dan latihan yang bersesuaian turut disediakan melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.

Baca juga: Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 : Permohonan RM500 One-off

Cara Permohonan Geran Agropreneur Muda

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  1. Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport (rujuk Lampiran 1);
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 2);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM (Lampiran 1) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  4. Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
  5. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Muat Turun Borang

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Geran)

Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM

Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Pembiayaan)

Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM

Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 4 – Borang Penilaian Permohonan

Peringkat Pembekalan

Lampiran 5 – Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan

Peringkat Pembayaran

Lampiran 6 – Borang Pembekalan

Peringkat Pemantauan

Lampiran 7 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan

Lampiran 8 – Borang Laporan Pemantauan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Program Agropreneur Muda, sila hubungi saluran berikut:

Written by Harian Post

Suka membaca & menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kerja freelance malaysia

Selain FoodPanda & Grab, Ini 28 Kerja Freelance Untuk Jana Side Income Di Malaysia

tarikh bayaran bpr fasa pertama

Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama (Dipercepatkan Kepada Februari 2021)