Talian Whatsapp Op Bantu Seluruh Negara (Terputus Bekalan Makanan)

TALIAN WHATSAPP OP BANTU SELURUH NEGARA DILANCARKAN DI SELURUH NEGARA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu bagi menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan Covid-19 dalam negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi operasi itu, kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang terkesan.

Hamzah berkata, pelaksanaan Op Bantu merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang talian Whatsapp #OpBantu yang telah diaktifkan.

Apakah Op Bantu?

Bantuan bekalan makanan akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.

Mana-mana individu yang memerlukannya diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.

Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu.

Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.

Berikut disenaraikan talian khas Whatsapp Op Bantu bagi setiap negeri / daerah untuk dihubungi.

KUALA LUMPUR

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

JOHOR

Baca juga : Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

KEDAH

TERENGGANU

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

PAHANG

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

KELANTAN

SABAH

PERAK

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

MELAKA

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

PERLIS

SARAWAK

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

PULAU PINANG

Op bantu 2021 jkm kdn ipd

Semoga inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM.

Ini dapat membantu golongan yang amat memerlukan dan meringankan bebanan yang mereka tanggung dalam tempoh yang mencabar kini. InsyaAllah.

*Sumber: Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: