Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan
RM100 JUTA UNTUK 300,000 ISI RUMAH GOLONGAN MISKIN BANDAR SECARA TANPA TUNAI (CASHLESS) MELALUI MYKAD BERMULA JULAI 2021⠀
⠀
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀
⠀
Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀
⠀
Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Prihatin Kasih dan cara membuat semakan kelayakan.
Apakah Program PRIHATIN Kasih?
Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19. PEMERKASA – atau Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi – merangkumi pelbagai peruntukan untuk golongan miskin tegar dan miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar.
Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.
Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.
Tempoh & Jumlah Bantuan Yang Disalurkan
Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.
Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:
Bulan | Jumlah |
---|---|
Julai 2021 | RM 100 |
Ogos 2021 | RM 100 |
September 2021 | RM 100 |
RM 300 |
Baca juga: eKasih 2021: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online
Cara Penggunaan Sistem Tanpa Tunai MyKasih
Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.
Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.
Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.
Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Siapa yang layak menerima PRIHATIN Kasih?
Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semakan Kelayakan
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Anda juga boleh membuat semakan status penerima PRIHATIN Kasih secara online di sini.
Cara semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/ atau terus ke pautan https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
- Isikan nombor kad pengenalan anda.
- Masukkan kod Capctha yang dipaparkan.
- Status anda akan dimaklumkan.
- Jika anda tersenarai, anda akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Bagi yang lulus, anda akan menerima status seperti berikut:
Baca juga: PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)
Cara Permohonan Bantuan Makanan MyKasih
Bagi yang telah membuat semakan nama tetapi tiada rekod di Program Prihatin Kasih ini, anda boleh cuna mendaftar melalui eKasih.
Rujuk cara pendaftaran eKasih: eKasih 2021: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online
ATAU
E-melkan permohonan anda ke [email protected] dengan menyertakan butiran berikut:
- Tujuan : Permohonan bantuan Mykasih
- Nama penuh
- No kad pengenalan
- Alamat terkini
ATAU
Anda boleh cuba isi borang online MyKasih di pautan e-Borang berikut:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/
ATAU
Sila rujuk FAQ di bawah:
PRIHATIN Kasih adalah penyediaan bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada bulan Mac 2021.
Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar
Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Anda tidak perlu memohon PRIHATIN Kasih. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.
Anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel [email protected] dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.
Setelah penerima telah diluluskan dan didaftarkan ke program, akaun akan dibuka berdasarkan Mykad penerima dalam sistem kami di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 100 selama tiga bulan dari Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan penting.
Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.
Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:
Julai 2021 – RM100
Ogos 2021 – RM100
September 2021 – RM100
Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.
Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.