MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja – Cara Mohon & Syarat Kelayakan

MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja – Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Ini adalah merupakan sebuah berita baik untuk wanita yang bekerja!

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu inisiatif untuk membantu meringankan beban wanita terutama bagi menampung kos penjagaan anak yang dikenali sebagai MamaKerja. 

Melalui inisiatif ini, para wanita (ibu) yang bekerja layak akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara ‘one off’.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai cara memohon dan syarat kelayakannya. 

MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja - Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Pengenalan Insentif MamaKerja

MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun. 

Bagi menjayakan program ini, RM1,000 akan diberikan kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutamanya dari segi kos. 

Melalui tema “Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga”, insentif MamaKerja merupakan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan partisipasi wanita Selangor dalam tenaga buruh sekaligus mengiktiraf peranan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri. 

Selain itu, insentif ini secara tidak langsung akan merangsang sektor penjagaan seperti taska, tadika dan transit yang menjadi sistem sokongan utama bagi wanita bekerja

Rujuk kenyataan media di bawah: 

MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja - Cara Mohon & Syarat Kelayakan
MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja - Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Tarikh Permohonan

Permohonan insentif MamaKerja ini akan dibuka bermula 1 November 2023, jam 10.00 pagi.

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1000 secara ‘one-off’

BACA JUGA: INTIPATI Belanjawan 2024 – Senarai Bantuan & Insentif Untuk Rakyat

Syarat Kelayakan

Pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan di bawah untuk menerima insentif RM1000 ini; 

  • Wanita bekerja dan bermajikan.
  • Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  • Mengundi di Selangor.
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Cara Permohonan Insentif MamaKerja 2023

Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah atau layari laman web rasmi MamaKerja di pautan berikut: https://mamakerja.selangkah.my/

MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja - Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Dokumen Diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan: 

  • Kad Pengenalan pemohon;
  • Kad Pengenalan pasangan;
  • MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
  • Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  • Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
    sekiranya tiada slip gaji;
  • Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
  • Salinan penyata bank;
  • Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

NOTA: Permohonan ini terhad kepada 5000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja. 

insentif wanita bekerja mamakerja

Tarikh Insentif Diterima

Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.

BACA JUGA: Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 – Belanjawan 2024

FAQ – Soalan Lazim MamaKerja

Sila rujuk soalan lazim berkenaan insentif ini melalui lampiran poster di bawah:

insentif wanita bekerja mamakerja
MamaKerja: Insentif RM1000 Untuk Wanita Bekerja - Cara Mohon & Syarat Kelayakan
insentif wanita bekerja mamakerja

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mendapatkan info terkini mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:

>> Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran harga terendah RM1 di Shopee melalui Super Seringgit

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: