SPIN TEKUN 2.0: Semakan Permohonan Skim Pembiayaan Informal 2021

Permohonan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 telah dibuka bermula 15 Ogos dengan had maksimum pembiayaan RM10,000.

Skim ini bertujuan membantu memulih dan memulakan semula perniagaan mikro yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 untuk meneruskan semula perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata skim tersebut diperkenalkan melalui peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah SPIN 2.0?

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )2.0 adalah skim pembiayaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.

Nilai Pembiayaan

  1. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 5,000
    • Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan ( SSM )
  2. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM10,000
    • usahawan yang mempunyai lesen / permit atau daftar perniagaan ( SSM ) yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

Baca juga: SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar

Syarat Permohonan SPIN 2.0

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu / Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan ( SSM ) yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).

Baca juga: Boleh Selamatkan Nyawa, Ini Cara Guna Pulse Oximeter. Wajib Beli

Kadar Keuntungan

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Cara Permohonan SPIN 2.0

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my

Sila rujuk infografik di bawah untuk info penuh:

spin 2.0
spin 2.0 tekun
spin 2.0 tekun

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan SPIN 2.0 adalah pada 28 Oktober 2021.

Semakan Status / Kelulusan

Pemohon akan dihubungi oleh pegawai setelah selesai membuat permohonan.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat secara online melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/login

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang pembiayaan SPIN 2.0 TEKUN boleh dilihat melalui Soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-spin/

ATAU

Dapatkan maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Telefon: 03-9059 8888

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: