SPZAS : Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) 2023 KINI KEMBALI!

Alhamdulillah, berita baik ini buat semua pelajar sekolah rendah, menengah, IPT dalam & luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.

Pemohon boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian.

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang SPZAS.

i) Permohonan SPZAS (Kategori IPT)

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan SPZAS IPT dalam negara terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat:

  1. Sijil
  2. Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  3. Diploma/Diploma Lanjutan
  4. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  5. Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi di luar negara di peringkat:

  1. Sijil/Sijil Profesional
  2. Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  3. Ijazah Sarjana (Master)

Kadar Sumbangan

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 (SPZAS IPT dalam negara) & RM1,000 sehingga RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas.

Kriteria Kelayakan SPZAS IPT

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana.
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web LZS di spzas.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.

Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS.

Terdapat 8 dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar)
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama.
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT.
  7. *Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank)
  9. Pasport/Visa pemohon(pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
  10. Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan)
  11. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di https://www.zakatselangor.com.my/spzasipt

ii) Permohonan SPZAS (Kategori Sekolah)

SPZAS Sek. Ren & Men merupakan bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan.

Ia bertujuan meringankan beban kos pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022.

blank

Kadar Sumbangan

Berikut adalah kadar sumbangan SPZAS Sek. Ren & Men:

  1. Pra sekolah / Tadika- RM200.00 (per tanggungan)
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan – RM200.00 (per tanggungan)
  3. Sekolah Rendah Agama – RM200.00 (per tanggungan)
  4. Sekolah Menengah – RM200.00 (per tanggungan)

Syarat Kelayakan SPZAS SEKOLAH

Syarat kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2022 sahaja)
  5. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.00

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja.

Sila layari portal  rasmi permohonan di https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS serta ikuti langkah-langkah permohonan.

Pemohon juga tidak perlu menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS.

Terdapat enam (6) dokumen yang wajib dimuat naik (upload) oleh pemohon sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan ketua keluarga
  2. Kad pengenalan pasangan
  3. *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
  4. *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
  5. Penyata akaun bank ketua keluarga
  6. Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)

Pengesahan pendapatan atau slip gaji hendaklah terkini dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini.

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun (download) di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm

Maklumat Lanjut

Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.

P/S: Permohonan boleh buat SEKALI sahaja ya, dan hanya untuk BUKAN ASNAF, FAKIR & MUALAF.

INFO DARI: Lembaga Zakat Selangor