TERKINI: Senarai Insentif BKSS 8.0
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg hari ini mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan “Pemulihan Sosioekonomi Rakyat” dengan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta.
Baca juga: Cara Setting Facebook Supaya Tak Kena Tag Oleh Orang Tak Dikenali
Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0
Berikut adalah antara senarai bantuan dan insentif BKSS 8.0 yang telah diumumkan sebentar tadi
1. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air
Diskaun Bil Elektrik 5% sehingga 25% kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM166.8 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
Diskaun Bil Air 10% hingga 25% untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM24.0 juta yang akan dibiayai Kerajaan Sarawak.
3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai
Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Januari hingga Jun 2022. Ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak.
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.7 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen
Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberi kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah di Sarawak bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang diperlukan.
Ia melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM870,000.
5. Geran Peniagaan/ Penjaja RM1,000
Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dalam tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM87.5 juta.
Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
Sila rujuk lampiran berikut untuk maklumat lanjut sidang media hari ini:
BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 8.0 “Pemulihan Sosioekonomi Rakyat”
Bantuan Lain-lain
Selain bantuan di atas, terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 seperti berikut:
- Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS). Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 & M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA.
- Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak seperti berikut: https://service.sarawak.gov.my/