Elak Asyik Kena Tag Video Tak Senonoh, Ini Cara Setkan Facebook Anda
Akhir-akhir ni ramai yang share bagaimana mereka telah di’tag’ pada beberapa video berunsur mengarut dan tidak senonoh di Facebook.
Kalau asyik kena tag macam ni, memang boleh naik stres dan jadi rimas sangat kan?
Pelik juga macam mana orang yang tak dikenali boleh tag nama kita sewenang-wenangnya.
Mungkin ada antara mereka yang tak sedar, malah ada juga yang sampai nak tutup akaun sebab rimas dengan tagging ni.
Jadi, bagaimana cara nak elakkan nama kita daripada asyik kena tag di Facebook?
Jom kami kongsikan tips oleh Cikgu Siti Suhaila di bawah:
Cara Setting Untuk Elakkan Facebook Kita Kena ‘Tag’ Sewenang-wenangnya
Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya?
Buat langkah seperti macam yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ini supaya kalau kita kena tag pun, post tu takkan terpapar kat wall kita selagi kita tak approve.
LANGKAH 1
Pergi ke ruang kanan atas atau ikon Setting (rujuk gambar)
LANGKAH 2
Pilih menu ‘Settings & Privacy’.
LANGKAH 3
Tekan ‘Settings’.
Baca juga:
- Cara Delete Akaun Facebook Lama Yang Dah Lupa Password
- Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps
LANGKAH 4
Klik pada bahagian ‘Profile Settings’.
LANGKAH 5
Seterusnya pergi ke menu ‘Profile and tagging’.
Dekat sinilah kita boleh pilih siapa yang boleh tag kita – setting pada bahagian TAGGING.
LANGKAH 6
Kita juga boleh pilih untuk approve dulu tagging tu sebelum nama kita muncul dalam sesebuah hantaran di Facebook – setting pada bahagian REVIEWING.
Dekat sini turn on, alihkan butang tu ke kanan ok.
Butang ni pun kita turn on dan slide kan ke kanan.
Selesai!
Cegah sebelum terlambat.
Sekali semak wahh memang banyak sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini.
Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati ok!
Selamat mencuba.
Sumber: Cikgu Siti Suhaila
Baca juga: