Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya. Anda Boleh Dipenjara
Skuter elektrik dilarang di atas jalan raya atau anda boleh didenda atau dipenjara. Itu lah nasihat yang diberikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kepada mereka yang masih berdegil.
Jika didapati melakukan kesalahan berulang selepas dinasihatkan, tertangkap boleh didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Trend Basikal Lipat Semakin Popular Di Malaysia
Bagaimanapun, penggunaan skuter elektrik boleh digunakan dan dibenarkan di taman permainan, kawasan pejalan kaki, dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.
Larangan tersebut dibuat kerana ianya boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan boleh mendatangkan bahaya atau terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Selain itu, skuter elektrik itu juga dilihat tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup disebabkan badannya yang ringan dan bergerak laju.
Pihak JSPT akan memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan mengambil tindakan berikutan pihak polis banyak menerima aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik menunggang di jalan raya di bandar.
Sumber: Harian Metro