5 Sebab Kenapa Trend Basikal Lipat Semakin Popular Di Malaysia
Perasankah anda aktiviti sukan berbasikal semakin diminati ramai di Malaysia sejak selepas PKP 1.0 yang lepas sehinggalah sekarang. Mana tidaknya, selepas sekian lama terperap di rumah ramai orang mula mencari aktiviti yang sesuai untuk beriadah.
Selain itu, aktiviti sukan ini juga semakin popular apabila dilihat selebriti-selebriti di Malaysia juga mengikuti aktiviti berbasikal ini menjadikan sukan ini menjadi ikutan pengikut mereka.
Ianya sangat ketara sehinggakan apabila tibanya hujung minggu pastinya ada sekumpulan pengayuh basikal berada di mana-mana di atas jalan raya.
Basikal ada beberapa jenis namun antara yang paling popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah basikal lipat.
Dan dari situ juga kita boleh lihat bermacam jenis basikal menjadi pilihan. Antaranya ialah road bike, mountain bike dan yang paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia adalah basikal lipat atau folding bike.
Di bawah ini kami ingin kongsikan kepada 5 sebab kenapa basikal lepat semakin popular dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
5 Sebab Kenapa Trend Basikal Lipat Semakin Popular
1 – BOLEH DILIPAT
Sudah tentu kelebihan yang utama basikal lipat adalah ianya boleh dilipat dan kecil. Kelebihan ini menjadikan basikal ini mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya apabila anda menggunakannya di kawasan bandar.
Disebabkan saiz selepas dilipat menjadi kecil, ianya tidak memakan ruang yang besar dan anda boleh membawa basikal lipat masuk ke dalam kenderaan, pengangkutan awam, ofis bahkan kedai dengan syarat anda masukkannya ke dalam beg yang disediakan.
2 – MUDAH ALIH
Disebabkan saiz yang kecil dan boleh dilipat, basikal jenis ini kebanyakannya direka dengan bahan yang ringan menjadikan basikal ini mudah alih, tidak berat dan boleh diangkat dengan sebelah tangan sahaja!
Jadi ianya sangat sesuai untuk digunakan di mana sahaja kerana anda boleh membawanya masuk ke dalam kenderaan sendiri dan pengangkutan awam.
3 – MUDAH DIKENDALIKAN
Basikal lipat juga lebih mudah dikendalikan daripada basikal konvensional yang lain kerana ianya lebih ringan dari segi roda dan bingkai. Walaupun bersaiz kecil, anda melaraskan ketinggian kerusi mengikut kesesuaian anda.
Dari segi sistem gear juga mudah untuk difahami dan tidak terlalu rumit. Selain itu, disebabkan rodanya kecil ianya lebih selamat dan senang dikawal.
4 – HYBRID
Antara faktor yang sering menjadi faktor pemilihan basikal adalah reka bentuknya. Reka bentuk basikal lipat sangat hybrid menjadikan ianya sesuai digunakan sama ada di atas onroad atau offroad. Malah kini semakin popular basikal dijadikan basikal touring!
Di pasaran basikal lipat hadir dengan pelbagai jenis. Perkembangan teknologi terkini menyaksikan basikal lipat telah banyak berubah dan menggunakan material yang lebih tahan lasak dan kukuh di pasaran. Bergantung kepada bajet anda, anda boleh pilih spesifikasi gear, berat dan jenama yang anda minati.
5. ERGONOMIK
Jika anda perasan basikal lipat sememangnya direka untuk digunakan untuk kebanyakan orang. Ini kerana struktur reka bentuk basikal lipat sangat ergonomik dan tidak perlu membongkok ke hadapan.
Untuk sesetengah orang, basikal yang perlu membongkok seperti roadbike akan menjadi masalah seperti sakit pinggang dan lenguh badan kepada pengayuh. Jadi basikal lipat ini sangatlah sesuai untuk anda gunakan untuk beriadah bersama keluarga secara santai.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda. Selamat berkayuh!