Ini Cara Bawa Basikal Naik Komuter. KTM Buat Promosi RM2 Je!

CARA BAWA BASIKAL NAIK KTM KOMUTER

Bermula 19 Februari, semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan di kawasan terbuka dan tertutup secara latihan bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi penjarakan fizikal satu hingga tiga meter.

Seiring dengan pengumuman tersebut, KTMB telah menawarkan promosi ‘Gaya Hidup Sihat, Selamat. Mudah” dengan promosi RM2 setiap basikal di KTM Komuter.

Baca juga: MyRail5: Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online

Laluan dan waktu yang dibenarkan untuk promosi bawa basikal naik KTM adalah seperti berikut:

Waktu & Laluan Bawa Basikal Naik KTM Komuter

BASIKAL BERLIPAT

  • (Pelabuhan Klang – Tg. Malim & Batu Caves – Seremban/Tampin)
  • Isnin – Jumaat : Sepanjang masa
  • Sabtu / Ahad / Cuti Umum : Sepanjang masa

BASIKAL BIASA / STANDARD

  • (Pelabuhan Klang – Tg. Malim & Batu Caves – Seremban/Tampin)
  • Isnin – Jumaat : 0930 – 1600 & 2000 – 0030
  • Sabtu / Ahad / Cuti Umum : 0530 – 1100 & 2000 – 0030
bawa basikal naik ktm

BASIKAL BERLIPAT / BASIKAL BIASA (STANDARD)

(Butterworth – Padang Rengas – Butterworth)

  • Isnin – Jumaat : Sepanjang masa
  • Sabtu / Ahad / Cuti Umum : 0530 – 1100 & 2000 – 0030
bawa basikal naik ktm

Terma & Syarat

  • Pemilik basikal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan basikal masing-masing.
  • Pastikan basikal tidak menghalang laluan dan pintu pada setiap masa.
  • Basikal tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan / penjagaan.
  • Sila gunakan koc pertama atau terakhir, atau mana-mana di antara koc ini yang kurang sesak.
  • Dilarang menaiki basikal setelah berada di lobi stesen, platform atau di dalam tren.
  • Caj minima untuk membawa basikal akan dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter tiket sebelum memasuki kawasan berbayar (platform).
  • Basikal lipat perlulah dilipat sentiasa semasa berada di stesen dan di dalam tren.
  • Roda basikal perlu ditutup jika basah atau kotor.
  • Mana-mana bahagian basikal yang terdedah dan berkemungkinan membahayakan penumpang yang lain harus ditutup.

Jom berbasikal dan beriadah dekat kawasan yang menarik pada hujung minggu ini. Tren komuter sedia membawa anda.

Namun, kekal patuh SOP walaupun dalam aktiviti bersukan ya.

Semak jadual terkini KTM Komuter di https://bit.ly/3ug8INM atau aplikasi MyRailtime.

Nota:
Kakitangan stesen mungkin tidak akan membenarkan basikal dibawa ke dalam tren sekiranya keadaan tidak mengizinkan atau mendatangkan kesulitan kepada penumpang lain

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan KTM Berhad di SINI.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: