Cara Tebus Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 RM100 Di Shopee

Dah boleh rentas negeri ni, mana satu destinasi pilihan anda?

Jika anda ingin jalan-jalan di sekitar Selangor, jom manfaatkan Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 bernilai RM100 di Shopee ini.

Tempoh penebusan bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini, manakala tempoh penggunaan baucar bermula pada 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.

Lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua!

Memang berbaloi dan dapat jimat banyak kan?

Ayuh, baca selanjutnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang baucar ini.

Baca juga: Ini Cara Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Untuk Orang Sarawak!

Baucar Pelancongan Negeri Selangor RM100 Shopee (Pakej Kita Selangor 2.0)

Apakah Kempen Pelancongan Kita Selangor 2.0?

Pengguna yang layak boleh mendapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 untuk tempahan berdasarkan pilihan Pakej Pelancongan di Selangor.

Siapakah yang layak menerima baucar?

Tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi kriteria berikut;

  • Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
  • Satu transaksi untuk setiap pengguna.
  • Pembayaran dilakukan di ‘ShopeePay’ sahaja.
  • Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai.
  • Tempoh kempen terhenti jika baucar habis
  • Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

Berapa lamakah tempoh sah laku Baucar yang diterima?

Baucar yang diterima adalah sah dari 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021. Baucar yang tidak digunakan akan tamat selepas 30 Jun 2022.

Bagaimanakah cara menggunakan Baucar?

Baucar boleh ditebus menerusi platform e-dagang Shopee https://shopee.com.my/m/kita-selangor

Bayaran untuk Pakej Pelancongan mesti dibayar menggunakan ShopeePay di aplikasi Shopee SAHAJA.

Baucar yang diterima dapat digunakan secara automatik dalam transaksi yang memenuhi syarat.

Bolehkah saya menggunakan lebih dari satu (1) Baucar setiap transaksi?

Tidak. Hanya SATU (1) Baucar yang dapat digunakan dalam satu transaksi pada satu masa. Baucar juga tidak boleh digunakan untuk promosi lain di Shopee

baucar pelancongan selangor

Baca juga: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

TERMA & SYARAT PENEBUSAN BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.0 – PROGRAM KITA SELANGOR 2.0 #PUSINGSELANGORDULU

  1. Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021;
  2. Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022
  3. Promosi: Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat;
    i) Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
    ii) Umur 18 tahun ke atas pada tahun 2021
  4. Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  5. Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  6. Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA.
  7. Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
  8. Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa Tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
  9. Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
  10. Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.
baucar pelancongan selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/

Baucar boleh ditebus menerusi platform e-dagang Shopee https://shopee.com.my/m/kita-selangor

Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: