7 Pulau Di Terengganu Pilihan Percutian Anda Ke Pantai Timur
Adakah anda seorang yang suka bercuti ke pulau-pulau melayan keindahan pantai yang kristal kebiruan? Sebenarnya selain Sabah, di semenanjung Malaysia juga ada pulau-pulau yang cantik bertaraf antarabangsa.
Pulau-pulau yang kami maksudkan adalah pulau-pulau yang berada di perairan laut Cina Selatan. Di sebabkan kedudukan yang jauh dari pantai dan bebas daripada laluan kapal, pulau-pulau yang kami ingin kongsikan ini sangat cantik.
Namun artikel kali ini kami ingin fokuskan kepada 7 pulau di Terengganu dahulu. Secara keseluruhannya terdapat lebih 10 buah pulau di Terengganu, 7 pulau di Terengganu ini paling ideal untuk datang bercuti sama ada untuk aktiviti snorkeling, scuba diving, honeymoon & sebagainya.
Jom teruskan membaca.
1 – Pulau Tenggol
Untuk ke pulau ini anda perlu melalui jeti dan perlu menempuh perjalanan kira-kira 50 minit untuk sampai ke Pulau Tenggol. Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3 km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi untuk mereka yang sukakan aktiviti menyelam ataupun skuda diving melihat keindahan terumbu karang di sini.
Selain adanya terumbu karang yang indah di dasar lautan, anda juga boleh berjumpa
dengan hidupan marin yang jarang ditemui seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard sharks, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks. Jika anda bernasib baik, anda boleh teresempak dengan kelibat Whale Shark. Dikatakan haiwan ini dijumpai pada bulan Ogos-Oktober pada setiap tahun.
Bagi yang sukakan cabaran jungle trekking dan mendaki bukit, anda boleh mendaki bukit di tengah Pulau Tenggol ini. Walaupun tidak setinggi gunung di semenanjung Malaysia, ketinggian 800 kaki sudah cukup untuk mencabar kekuatan mental dan fizikal. Dan yang paling menarik adalah setelah penat mendaki, anda bakal dihidangkan dengan keindahan sekeliling pulau dari puncak.
2 – Pulau Gemia
Pulau Gemia adalah salah satu pulau yang berdekatan dengan Pulau Kapas. Lokasinya terletak hanya 800 meter daripada Pulau Kapas berhadapan dengan Bukit Singa. Keluasaan pulau ini juga kecil jika nak dibandingkan dengan Pulau Kapas.
Dikatakan Pulau Gemia adalah pulau persendirian. Perairan di Pulau Gemia juga tidak kurang hebatnya. Pantainya yang cantik dan dikelilingi terumbu batu karang menjadikan pulau ini juga tumpuan untuk para penyelam skuba.
Hanya terdapat satu resort di sini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort. Bagi anda yang mahukan percutian yang lebih privasi di pulau yang terpencil, bolehlah ke Pulau Gemia. Ini kerana di sini pelancong yang datang ke sini terhad, jadi tidak sesibuk seperti di Pulau Kapas.
3 – Pulau Bidong
Pulau Bidong yang terletak di Setiu merupakan destinasi pulau yang semakin popular di kalangan penyelam skuba. Terdahulu pulau ini pernah menjadi lokasi penempatan pelarian Vietnam sejak 1978 hingga 1991. Mereka ini lari daripada negara asal melalui jalan laut akibat daripada perang yang meletus di negara mereka. Kerajaan Malaysia kemudian menempatkan mereka di Kem Sungai Besi sebelum pulau ini terbiar tanpa penghuni.
Di Pulau Bidong, tiada penginapan yang yang dibangunkan mungkin kerana kawasannya yang terlalu berbatu. Yang tinggal hanyalah bangunan sewaktu penempatan pelarian Vietnam. Namun kalau anda ingin menikmati keindahan dasar laut di Pulau Bidong, anda boleh cari pakej pulau di Terengganu untuk melihat sendiri keindaha terumbu karang di sini.
Perairan Pulau Bidong mempunyai banyak kawasan terumbu karang yang menarik.
Terdapat 15 lokasi menyelam di perairan Pulau Bidong yang sering menjadi kunjungan mereka yang selalu scuba diving. Berbaloi untuk anda ke sini!
4 – Pulau Perhentian
Siapa tak kenal dengan Pulau Perhentian di Terengganu ini kan? Nama Perhentian ini diberi kerana dahulunya pulau ini menjadi tempat perhentian para pedagang yang berlayar di antara Malaysia dan Bangkok. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki bot dari Jeti Kuala Besut.
Keindahan hidupan marin di sini juga setaraf antarabangsa seperti Pulau Redang. Disebabkan itu Pulau Perhentian ini menjadi destinasi snorkeling dan penyelam skuba daripada dalam dan juga luar negara.
Selain daripada aktiviti menyelam skuba, anda juga boleh mencuba aktiviti mendaki. Jika bernasib baik anda boleh melihat kewujudan haiwan seperti biawak monitor, kelawar buah, tupai dan pelanduk.
Jika anda bercadang untuk bermalam di pulau ini, di sini mempunyai banyak pilihan chalet bajet sesuai untuk backpacker. Bagi anda yang inginkan keselesaan & percutian yang lebih eksklusif, di sini juga terdapat resort-resort yang mewah yang terbina di pesisiran pantai di Pulau Perhentian.
5 – Pulau Kapas
Anda kenal dengan Mat Dan? Warga eropah pernah petah berbicara dalam dialek Terengganu. Beliau pernah popular di wawancara di kaca televisyen kerana kepetahannya itu. Menurutnya, beliau terpikat dengan keindahan Pulau Kapas, membuatkan beliau membuat keputusan untuk menetap lama di pulau ini.
Untuk pengetahuan anda, Pulau Kapas terletak di perairan Kuala Terengganu dan untuk ke sini anda perlu menaiki bot dari jeti di Marang. Pulau Kapas tidaklah sebesar Pulau Perhentian dan Pulau Redang, dan hanya 2 km panjang dan lebarnya pula sekitar 1 km.
Walaupun Pulau Kapas ini tidaklah sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian, ianya tetap sesak dengan pelancong tempatan terutamanya ketika musim cuti sekolah. Ini kerana banyak pengusaha menyediakan pakej pergi balik dengan hanya serendah Rm50 seorang.
Aktiviti utama di sini semestinya bermain air di pantai, selam skuba dan snorkelling. Ini kerana hidupan marin dan terumbu karang yang hidup di sini tidak kurang cantiknya. Aktiviti mendaki Bukit Singa semakin popular di pulau ini.
Di sekitar perairan Pulau Kapas juga sering menjadi lokasi bot-bot nelayan untuk
bercandat sotong terutamanya pada bulan Jun dan Julai. Setiap tahun, memang banyak badan kerajaan, NGO, badan korporat ataupun yang berkeluarga menyewa bot di jeti Marang untuk bercandat sotong di sekitar perairan Pulau Kapas.
6 – Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terpencil yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Lokasinya berada kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan kira-kira 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.
Anda boleh ke sini dengan menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut. Hanya terdapat dua perjalanan bot ke pulau dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan tengahari.
Pulau ini menjadi pilihan ramai orang untuk berbulan madu kerana pulau ini lebih privasi dan kurang pengunjung jika nak dibandingkan dengan Redang dan Perhentian. Elakkan untuk ke Pulau Lang Tengah ini pada musim tengkujuh kerana anda bakal terlepas aktiviti menyeronokkan di sini. Waktu terbaik adalah di antara bulan May-Oktober.
Aktiviti utamanya pasti selam skuba dan snorkeling untuk melihat coral dan hidupan marin yang sememangnya bertaraf dunia. Jika bernasib baik, anda boleh melawat tapak sarang penyu hijau yang bertelur pada bulan May – September setiap tahun.
Memandangkan perairan di Pulau Redang dan Lang Tengah adalah sama, maka anda
boleh menjangkakan keindahan di sini juga setanding dengan Pulau Perhentian. Resort tepi pantai yang ada di Pulau Lang Tengah cuma 4 iaitu Sari Pacifica Hotel & Spa, Summer Bay Resort, D’coconut Lagoon dan Lang Sari Resort.
7 – Pulau Redang
Pulau Redang antara pulau yang tidak boleh disangkal lagi kecantikan dan keindahan pantainya. Terletak kira-kira 46 km dari pesisiran pantai Kuala Terengganu dan
merupakan pulau terbesar daripada semua pulau yang ada di Laut China Selatan &
dalam perairan negeri Terengganu. Untuk ke Pulau Redang, anda perlu menaiki bot dari jeti di Kuala Terengganu (Jeti Shah Bandar) yang berhampiran dengan Pasar Kedai Payang.
Berdasarkan sejarah, perairan di sekitar Pulau Redang juga mempuyai 2 tempat bersejarah kapal karam , iaitu H.M.S Price of Wales dan H.M.S Repulse yang karam ketika permulaan Perang Dunia Kedua dan era permulaan penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Pulau Redang sememangnya syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti air seperti berenang, snorkeling, scuba diving, berkanu dan jungle trekking. Boleh dikatakan Pulau Redang merupakan pakej lengkap bagi mereka yang bercadang untuk bercuti sambil beriadah.
Aktiviti air memang sangat berbaloi di Pulau Redang ini kerana air lautnya yang sangat jernih dan banyak lokasi menyelam yang menjanjikan hidupan laut dan terumbu karang yang cantik.
Hotel dan resort di sini juga pelbagai sesuai untuk anda yang datang berseorangan atau berkeluarga. Malah harga juga berpatutan mengikut bajet anda. Bagi yang inginkan percutian lengkap di pulau di Terengganu, Pulau Redang adalah jawapannya.
Melihat kepad senarai 7 pulau di Terengganu ini, mana satukah yang anda rasa sesuai dengan mood anda untuk bercuti? Jom kongsikan pendapat anda.