Nak Book Hotel Harga Murah? Ini Cara Yang Anda Wajib Tahu

Ingin melancong, jadi apa yang paling penting selain destinasi? Rata rata jawapan mesti tempat penginapan. Jadi, tempat penginapan macam mana yang menjadi pilihan? Hotel 5 bintang atau yang murah atau ada idea lain?

Kalau dapat menempah hotel mewah tetapi harga murah, mesti seronok bukan?

Mari lihat perkongsian daripada Hafizi Zain,

10 Tips Tempah Hotel Secara Atas Talian

1. Buat Perbandingan

Siapa tak kenal aplikasi tempah hotel seperti TRIVAGO dan AGODA. Buatlah perbandingan dan dapat lihat perbezaan antara 3 carian ini, Trivago, Agoda dan laman web hotel itu sendiri. Banyak promosi yang ditawarkan secara terus dari pihak hotel yang selalu tidak didapati di aplikasi carian hotel.

2. Semakan Harga Selepas Cukai

Booking.com dan Agoda tidak mempamerkan harga termasuk cukai. Jadi, gunalah seperti Traveloka mahupun laman web hotel itu sendiri yang harganya dikira termasuk cukai. Tak adalah lari dari baget kan?

3. Pancing Diskaun

Ini cara yang boleh digunakan di platform macam Agoda dan Booking.com. Hanya dengan mengisi butiran diri sampailah hendak menempah hotel. Ketika nak buat bayaran, batalkan pembayaran dan tunggu sehari dua. Ada saja email yang akan cuba dipancing oleh mereka dengan harga yang lebih murah.

4. Tab Privasi

Nak cuci mata mahupun ‘window shopping’ di website tak sama dengan di luar sana. Kebanyakkan akan menjejaki dan mengesan pelayar yang kembali semula ke website yang dikunjungi. Jadi, gunakan ‘Private Tab’ untuk elak dari dikesan oleh pemilik website tempahan hotel yang dikunjungi.

Sebagai contoh, bila ‘first time’ lawati laman web hotel tersebut, harganya RM300. Bila keluar ke laman lain dan masuk semula ke laman web hotel yang telah dikunjungi itu kali kedua, akan didapati harga naik. Itulah maknanya telah dikesan oleh pemilik hotel terbabit.

5. Butiran Kad Kredit Jangan Disimpan!

Kadang-kadang susah nak ingat butiran kad kredit, lalu terus simpan butiran sebagai tempahan untuk seterusnya. Jangan! Ini memudahkan terjerat akibat gangguan sistem yang secara automatik membuat bayaran walhal baru nak ‘window shopping‘.

6. ‘Reward’ / Mata Ganjaran

Agoda merupakan salah satu laman web yang tersedia dengan pelbagai mata ganjaran dalam rata – rata laman web booking hotel. Bila buat tempahan, buat review dan syorkan kepada rakan lain, maka dapatlah reward dalam bentuk point dan boleh ditukarkan kepada ringgit ataupun penginapan secara PERCUMA!

7. Tempahan Waktu Malam

Tak kira nak tempah guna laman web Agoda, Booking.com, atau apa jua sekalipun, semua hampir sama. Bila malam, banyak bilik yang masih kosong jika dibandingkan siang yang selalunya ‘Full Booking’.

8. Tempahan Pihak Ketiga

Tak kira untuk kawan atau ahli keluarga, pastikan pilih dan diisi di bahagian ‘Booking For Someone Else‘ kalau tempah bagi pihak orang lain. Ini sebab sesetengah hotel standard operasi sangat ketat.

Jadi kalau butiran tak sama masa tempahan dengan masa hendak ‘check-in‘, tempahan itu boleh ‘burnt‘ macam tu saja, ataupun terpaksa hadap kesukaran hendak berhubung dengan pihak tempahan untuk menukar butiran pula.

9. Bahasa dan Matawang

Tempahlah hotel ikut bahasa negara yang bakal dikunjungi dan currency mereka juga. Kalau bahasa yang ditukar susah untuk difahami, bolehlah menggunakan terjemahan di google kerana kalau bahasa tertukar, memang harganya berbeza.

10. Tempahan melalui aplikasi Trip.com dan OYO

Tempahlah melalui Trip.com jika ingin melancong ke luar negara kerana ia amat mudah. Hanya perlu muat turun aplikasi ini dan ada banyak kod promosi yang tidak terkira. Bukan setakat boleh tempah hotel, Trip.com jugak dapat tempah tiket penerbangan dan keretapi.

Aplikasi OYO juga adalah aplikasi tempahan tempat pengipanan yang gila murah dan jimat semasa melancong. Harganya yang terlalu murah tak masuk dek akal dan turut menawarkan pelbagai hotel ataupun motel yang menarik.

Pastinya penulisan ini membantu anda untuk membuat tempahan hotel dengan lebih bijak dan dapat menjimatkan wang poket masing masing. Tambahan pula, Perdana Menteri baru saja mengumumkan PKPP, bolehlah keluar bersantai di luar bersama keluarga tercinta. Apa pun, jagalah jarak sosial dan ingatlah orang yang tersayang.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: