(FOTO) Feri Pulau Pinang Berwajah Baru. Boleh Naik Percuma Dari 1-14 Januari!

GEORGE TOWN: Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan tambang percuma selama dua minggu buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berwajah baru.

Menurut PPSB, tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.

“Berdasarkan hasil perbincangan bersama dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, PPSB akan memberikan tambang feri percuma untuk penumpang pejalan kaki selama dua minggu bermula1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021” katanya.

PPSB memaklumkan, pihaknya komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai.

Bermula 1 Januari tahun hadapan PPSB akan menyediakan perkhidmatan feri untuk membawa motosikal dan basikal selain daripada penumpang pejalan kaki.

Berikut adalah foto terkini yang dikongsikan oleh Penang Port melalui media sosial Facebook pada 23 Disember 2020.

feri pulau pinang
feri pulau pinang
feri pulau pinang

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda di negeri itu.

Baca juga: Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 (Fasa Kedua) Akan Diperluas Ke 5 Negeri

Operasi & Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang 2021

Sementara itu, Penang Port Sdn Bhd juga telah memaklumkan orang awam tentang perkhidmatan Feri Baru yang akan beroperasi mulai 1 Januari 2021 melalui sebuah hantaran di Facebook.

Berikut adalah info terkini tentang perkhidmatan feri di Penang yang terbaru.

  • Mulai 1 Januari 2021, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan menguruskan segala operasi feri.
  • Terminal ini akan bergerak antara Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) dan Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
  • Hanya pejalan kaki yang dibenarkan menggunakan feri bot laju
  • Tiket feri boleh dibeli melalui kaunter tiket di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH). Tiket ini perlu dibeli sekali sahaja dalam perjalanan sehala dari PSAH ke Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT).
  • Terdapat tiga bahagian tempat menunggu bagi penumpang feri yang mana antaranya adalah tempat khas bagi wanita hamil, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU).
  • Van ulang-alik disediakan hanya kepada pengguna khas iaitu wanita hamil, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU). Van ini akan memudahkan pengguna khas untuk bergerak dari tempat menunggu ke pontoon feri bot laju.

Waktu Operasi

  • Mulai 1 Januari 2021, waktu operasi feri akan bermula pada 6.30 Pagi hingga 11.30 Malam (Perjalanan terakhir)
  • Tempoh perjalanan ialah 15 minit untuk perjalanan waktu puncak dan 20 minit untuk perjalanan waktu biasa (tertakluk kepada keadaan semasa)

Harga Tiket

  • Harga tiket bagi dewasa adalah RM1.20.
  • Manakala, RM0.60 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dan orang kelainan upaya (OKU).
  • Ini bermakna tiada kenaikan harga tiket dari waktu sebelum ini.

Baca juga: ‘Dinosaur Encounter’ Tarikan Terbaru Di Zoo Melaka Mulai 25 Disember

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari http://www.penangport.com.my dan follow Penang Port di Facebook.

Sebarang pertanyaan juga boleh disalurkan terus melalui talian 04-375 2443 atau e-mel [email protected]

*Sumber berita: Astro Awani
*Sumber gambar: Penang Port

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: