in

Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 (Fasa Kedua) Akan Diperluas Ke 5 Negeri

pakej cuti penjawat awam 2021
Advertisements

Sepang. 20 Januari – Tourism Malaysia bercadang memperluas Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 khusus untuk penjawat awam di negeri-negeri lain bermula awal tahun depan.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pakej fasa pertama yang tertumpu di Lembah Klang akan diperluas ke lima negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Katanya, kempen itu adalah inisiatif Tourism Malaysia bagi membantu merancakkan industri pelancongan domestik selepas pengusaha berhadapan kerugian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Fasa Pertama Dapat Sambutan

“Kempen fasa pertama di Lembah Klang bermula September lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan kerajaan kerana mereka menerima potongan harga sehingga 30 peratus di lokasi yang menawarkan pekej pelancongan,” katanya kepada selepas merasmikan program Makan Angin & Support Lokal di Avani Sepang Goldcoast Resort di sini, tadi.

Turut hadir, Pengarah Urusan Colombia Leisure,Jason Ow Yeang dan Pengarah Urusan Avani Sepang Goldcoast Resort, Yogeswaran Veerasamy.

Pakej fasa pertama Kempen Cuti-cuti Malaysia khas penjawat awam dilancarkan pada September lalu oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri sehingga Mac 2021.

pakej cuti penjawat awam 2021
Pakej Cuti Penjawat Awam 2020

Baca juga: Pakej Istimewa Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam Bermula 15 Disember

Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 (Fasa Kedua) Akan Bermula Awal Januari

Ammar berkata, pakej fasa kedua membabitkan lima negeri itu dijangka dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya awal Januari ini, manakala tempoh kempen fasa pertama akan dipanjangkan sehingga penghujung 2021.

Menurut beliau, pakej istimewa kempen Cuti-cuti Malaysia khas untuk penjawat awam itu bertujuan membantu kerajaan meningkat pendapatan dalam bidang pelancongan kerana golongan ini tidak terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP berbanding yang bekerja di sektor swasta dan bidang perniagaan.

Katanya, penjawat awam hanya perlu menunjukkan kad pengenalan diri kerajaan apabila mengunjungi tempat-tempat pelancongan yang menyertai kempen berkenaan.

Baca juga: ‘Dinosaur Encounter’ Tarikan Terbaru Di Zoo Melaka Mulai 25 Disember

Program Makan Angin & Support Lokal

Pada majlis itu, Colombia Leisure turut mengadakan kerjasama dengan Avani Sepang Goldcoast bagi mempromosi pelancongan domestik di resort berkenaan.

Melalui kerjasama itu, pelanggan boleh mendapatkan pakej pelancongan berharga RM399 melalui Columbia Leisure bermula 12 Disember sehingga 15 Februari 2021 serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Perodua Axia, barangan elektrik dan telefon pintar.

“Bagi orang awam yang ingin melancong, mereka boleh membuat pemilihan di tempat-tempat yang menawarkan potongan harga serta bersesuaian dengan bajet.

“Orang ramai juga dinasihati berwaspada dengan promosi ditawarkan supaya mereka tidak ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab serta ejen pelancongan tidak berlesen hingga menyebabkan kerugian,” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, pihaknya bercadang memperluas program Makan Angin & Support Lokal itu ke beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang menjelang awal tahun depan.

Katanya, dengan cara itu ia dapat membantu melonjakkan industri pelancongan di negeri terbabit selain membantu pengusaha selepas berhadapan kerugian akibat pandemik Covid-19.

*Sumber: Harian Metro

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kalendar islam 2021

Kalendar Islam 2021 (1442-1443 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM

tarikh gaji 2021 penjawat awam

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2021 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia