Promo AirAsia Dari RM12 Sehala Mulai 7 Disember & Senarai Destinasi

Berita baik bagi yang dah tak sabar nak pergi bercuti, sekarang sedang berlangsungnya Promo AirAsia yang menawarkan tambang serendah RM12 sehala bermula 7 Disember untuk penerbangan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula 7 Disember 2020.

Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.

Baca juga: SOP PKPB 7 Disember: Status Setiap Negeri & Kawasan PKPD Terkini

Boleh Buat Perubahan Tarikh Hingga 31 Mac 2021

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

Riad berkata, AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka Promo AirAsia dan Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu. 

promo airasia

Senarai Promo AirAsia

Berikut adalah senarai Tiket Murah AirAsia yang dikongsikan oleh pengguna Facebook.

AirAsia 12.12 Sale (Domestik)

(RM12 sehala, RM24 pergi balik)

  • KL – Alor Setar – KL RM24
  • KL – Penang – KL RM24
  • KL – Langkawi – KL RM24
  • KL – Johor Bahru – KL RM24
  • KL – Kota Bharu – KL RM24
  • KL – Kuala Terengganu – KL RM24
  • KL – Kuching – KL RM158
  • KL – Miri – KL RM218
  • KL – Sibu – KL RM258
  • KL – Bintulu – KL RM258
  • KL – Kota Kinabalu – KL RM278
  • KL – Sandakan – KL RM278
  • KL – Labuan – KL RM278
  • KL – Tawau – KL RM358
  • Penang – Langkawi – Penang RM24
  • Penang – Kota Bharu – Penang RM24
  • Langkawi – Kota Bharu – Langkawi RM98
  • Langkawi – Ipoh – Langkawi RM98
  • Langkawi – Johor Bahru – Langkawi RM138
  • JB – Kota Bharu – JB RM24
  • JB – Ipoh – JB RM24
  • JB – Alor Setar – JB RM24
  • Kuching – Sibu – Kuching RM24
  • Kuching – Bintulu – Kuching RM24
  • Kuching – Miri – Kuching RM24
  • Kuching – Kota Kinabalu – Kuching RM24
  • KK – Sandakan – KK RM24
  • KK – Tawau – KK RM24
  • KK – Miri – KK RM24
  • KK – Bintuku – KK RM24
  • KK – Sibu – KK RM24

Dan banyak lagi.

Tempah : sekarang – 13 Dec 2020

Terbang : sekarang – June 2021 Tempah di airasia.com atau di airasia mobile app

*Harga promosi adalah terhad

(Kredit: Anuar Zara)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: