in

SOP PKPB 7 Disember: Status Setiap Negeri & Kawasan PKPD Terkini

sop pkpb 7 disember
ADVERTISEMENT

Dalam sidang media oleh Majlis Keselamatan Negara pada 5 Disember semalam, kerajaan mengumumkan SOP PKPB 7 Disember dan kelonggaran dengan membenarkan kembali pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan keputusan tersebut, polis kini tidak lagi ditugaskan melakukan sekatan jalan raya (SJR) sebagaimana sebelum ini.

Bagaimanapun, ujarnya kebenaran itu terkecuali untuk mereka yang tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Baca juga: Cara Kemaskini Status Zon Covid-19 Melalui MySejahtera

ADVERTISEMENT

Status / SOP PKPB Setiap Negeri (Sidang Media MKN 5 Disember)

SOP PKPB 7 Disember yang diumumkan dalam sidang media MKN adalah seperti berikut:

  1. Pulau Pinang
  • Sidang khas bersetuju menamatkan PKPB bagi seluruh negeri Pulau Pinang pada 6 Disember 2020.
  • Walaubagaimanapun, PKPB untuk 2 mukim yang masih merah iaitu Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut) akan diteruskan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.
  • Sidang Khas turut bersetuju melaksanakan PKPD di 2 Lokaliti Zon Merah iaitu bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020 di:
    • Flat Jalan Paya Terubong, Relau – Anggaran penduduk 10,000 orang
    • Flat di Desa Bistari, Batu Uban – Anggaran penduduk 4,000 orang

2. Perak

  • Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Perak pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Kinta serta Mukim Teja (Daerah Kampar) dan Mukim Changkat Jong (Daerah Hilir Perak) akan diteruskan PKPB bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.
  • Sidang Khas bersetuju menamatkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak pada 5 Disember 2020 iaitu lebih awal dari yang dijadualkan.
  • Pelaksanaan PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak Berserta Kuarters berkuatkuasa 6 Disember 2020 hingga 19 Disember 2020 melibatkan 1,187 tahanan, 161 kakitangan serta 57 ahli keluarga.

3. Kelantan

  • Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Kelantan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas yang akan disambung dari 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.
  • Pelaksanaan PKPD Di Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh berkuatkuasa 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.

4. Selangor

  • Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Negeri Selangor dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

5. Wilayah Persekutuan Putrajaya

  • Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya ditamatkan pada 6 Disember 2020.10.

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.

7. Negeri Sembilan

Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Seremban dan Port Dickson.

8. Johor

  • Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Daerah Mersing pada 6 Disember 2020.
  • Walaubagaimanapun, PKPB di Daerah Kota Tinggi dilanjutkan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.
  • Sidang Khas juga bersetuju untuk melaksanakan PKPB di 3 daerah baru iaitu di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai mulai 6 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020.13.

9. Wilayah Persekutuan Labuan

  • Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan pada 6 Disember 2020

10. Sabah

  • Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Negeri Sabah dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.
  • Sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah pada 5 Disember 2020

11. Kedah

  • Pelanjutan PKPB di Daerah Kulim, Kedah selama 14 hari bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.

12. Negeri-Negeri Lain

  • Bagi negeri Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.

Tonton video penuh: https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/289816699138137

Rujuk SOP PKPB Terkini dari MKN di bawah ini (Dikemaskini 7 Disember) atau terus ke Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara.

sop pkpb 7 disember

Kelonggaran Rentas Negeri & Daerah, Kapasiti Tempat Duduk Kenderaan

Dalam SOP PKPB 7 Disember juga, sidang Khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing

Sidang Khas semalam bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD.

Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020.

sop pkpb 7 disember

“Mulai 7 Disember, polis tidak lagi melakukan sekatan jalan raya tetapi arahan kepada pihak polis, walaupun tak ada sekatan jalan raya tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP.

“Polis akan lebih menumpukan kepada pematuhan SOP berbanding mengadakan sekatan jalan raya. Kerana yang penting rakyat perlu patuh kepada SOP. Polis akan berada di mana-mana untuk memastikan pematuhan SOP,” katanya dalam sidang media pada Sabtu petang.

Walaupun pergerakan rentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, namun aktiviti berkaitan pelancongan akan diputuskan kemudian selepas perbincangan dibuat dengan Kementerian Pelancongan.

Baca juga : Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia

Perubahan SOP PKPB Di Sabah

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan terdapat beberapa perubahan SOP PKPB 7 Disember di Sabah iaitu:

  1. Kemasukan individu ke negeri Sabah dibenarkan untuk tujuan sosial (Pas Lawatan Sosial).
  2. Kemasukan bagi orang yang bukan warganegara yang tidak memiliki pas imigresen jangka panjang wajib mendapatkan Kelulusan Khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.
  3. Semua individu yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat perlu menjalani swab ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan. Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah.
  4. Perkhidmatan bas ekspres, bas pelancongan dan keretapi melibatkan rentas daerah adalah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus serta pematuhan penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
  5. Pergerakan keluar bot-bot kecil dari pulau-pulau di negeri Sabah ke tanah besar termasuk pergerakan botbot di kawasan pesisiran pantai hanya dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
  6. Aktiviti menyelam (scuba diving) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus muatan penumpang bagi bot yang membawa penyelam ke lokasi selaman dan kapasiti 50 peratus di lapangan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. (kecuali kawasan PKPD)
  7. Restoran, kedai/gerai makan, penjaja, dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 malam.
  8. Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbayar dan sebagainya dibenarkan beroperasi dengan tidak melebihi lima (5) orang dalam satu-satu masa serta tertakluk kepada saiz ruang dengan penjarakan fizikal.
  9. Aktiviti pelancongan adalah dibenarkan dengan kapasiti terhad serta mematuhi SOP Gelembung Perjalanan Domestik

*Sumber: Majlis Keselamatan Negara, MStar

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eKasih 2021: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online

skim rumah pertamaku

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman 110% Tanpa Deposit