Pantun Perpisahan Penuh Makna Untuk Sahabat, Keluarga & Orang Tersayang

Pantun Perpisahan Penuh Makna Untuk Sahabat, Keluarga & Orang Tersayang | Setiap pertemuan pasti ada perpisahan sama ada berpisah secara sukarela mahupun tidak. Ia adalah merupakan lumrah kehidupan manusia. 

Terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan kesedihan dan menjadikan fasa perpisahan tersebut lebih bermakna. Contohnya, anda boleh mengungkapkan perasaan anda melalui pantun perpisahan yang ditujukan khusus untuk insan yang anda sayangi. 

Tunggu apa lagi, jom rujuk koleksi pantun perpisahan penuh makna di bawah.

BACA JUGA: Koleksi Pantun Cinta Untuk Menawan Hati Si Dia

Contoh Pantun Perpisahan Penuh Makna

Pantun Perpisahan

Contoh 1

Bunga mawar ada di tepi sawah,

Sungguh elok di samping batu,

Apabila nanti kita berpisah,

Janganlah pernah kamu lupakan aku.


Contoh 2

Putih-putih si bunga melati,

Melati disimpan di dalam lemari,

Janganlah dikau bersedih hati,

Meski perpisahan datang menghampiri.


Contoh 3

Ada gadis menangis pilu,

Ternyata hatinya sedang gelisah,

Sungguh cepat waktu berlalu

Tidak terasa akan berpisah,


Contoh 4

Bawa gergaji untuk diasah,

Gergaji kecil memotong pelepah,

Hari ini kita berpisah,

Moga rezeki selalu berlimpah.


Contoh 5

Berembus laju angin mengalir,

Tiupnya kencang ke pohon zaitun,

Sambutlah pesan salam terakhir,

Aku sampaikan melalui pantun.


Contoh 6

Banyak sekali pencemaran tanah,

Sawah bapa ditanami padi,

Walau kita hari ini berpisah,

Semoga boleh berjumpa lagi.


Contoh 7

Memang manis si buah rambutan,

Enak di makan secara perlahan-lahan,

Apabila ada sebuah pertemuan,

Pasti akan ada juga perpisahan.


Contoh 8

Pucuk pauh delima batu, 

Anak sembilang di tapak tangan, 

Walau jauh di negeri satu, 

Hilang di mata, di hati jangan.


Contoh 9

Makan sayur asam pakai gorengan, 

Dibeli bersama-sama sang ibu,

Terima kasih saya ucapkan,

Semoga kebaikan selalu bersamamu.


Contoh 10

Pakaian kerja terlihat gagah,

Pulang kerja membawa buku,

Takdir berpisah tidak boleh dicegah,

Sampai jumpa lagi rakan kerja terbaikku.


Contoh 11

Bintang barat terbit petang, 

Bintang timur terbit pagi, 

Jika tidak melarat panjang, 

Ada umur kita jumpa lagi.


Contoh 12

Daun beringin sangatlah lebat,

Anak katak sukanya melompat,

Terima kasih duhai sahabat,

Telah memberiku persahabatan yang hebat.


Contoh 13

Gadis cantik membawa melati,

Melati itu adalah lambang suci,

Janganlah engkau bersedih hati,

Meski perpisahan sudah menanti.


Contoh 14

Kalau ada sumur di ladang, 

Boleh saya menumpang mandi, 

Kalau ada umur yang panjang, 

Boleh kita berjumpa lagi.


Contoh 15 

Tuan Puteri pergi ke Rasah,

Pulang semula sebelah pagi, 

Kita bertemu akhirnya berpisah, 

Diizin Tuhan bersua lagi. 


Contoh 16

Hendak menebang nibung berduri,

Dibuat pagar tepi perigi,

Pantun dikarang melepas diri,

Entahkan bila berjumpa lagi.


Kesimpulan

Semoga koleksi pantun perpisahan ini dapat membantu anda menzahirkan perasaan anda semasa sedang melalui fasa perpisahan. Anda juga boleh dapatkan lebih banyak contoh pantun yang menarik di sini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: