in

“Memang Layak!” Netizen Teruja Abang Viva Dianugerahkan Sijil Adiwira Prihatin APM

abang viva
ADVERTISEMENT

“ABANG VIVA” DIANUGERAHKAN SIJIL APM ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH OLEH ANGKATAN PERTAHANAN MALAYSIA

Sebut saja ‘Abang Viva’, satu Malaysia dah tahu!

Begitu sekali penangan Abang Viva yang viral disebabkan tindakan spontannya membawa bot dari Melaka ke Shah Alam untuk membantu mangsa banjir tempoh hari.

Kisahnya yang hanya berbekalkan duit RM50 dan memohon cuti kecemasan daripada majikannya untuk membawa bot menggunakan Perodua Viva menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

ADVERTISEMENT

Tidak berhenti setakat itu, destinasi lain seperti Pahang turut dikunjunginya untuk misi menyelamat.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, turut berkesempatan menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Encik Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

Sijil disampaikan semasa lawatan YAS Ketua Pesuruhjaya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada petang tadi.

Rata-rata warga maya menyokong penganugerahan ini, bahkan mendoakannya agar terus sukses.

Antara komen-komen yang membanjiri Facebook Anggota Pertahanan Awam (APM) adalah seperti berikut:

“Semoga abang viva dan seluruh sukarelawan yang ikhlas peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat” – Titipan Watan

“Alhamdulillah..tahniah..anda memang layak menerimanya..
keep the good work bro…
we salute you..”
– Hamdan Ramli

semangat mcm abang viva ini kita perlukan! – Adam Mohamad

– “Yang buat saya tabik spring, dia membantu dalam keadaan wang sakunye RM50, makan apa yang ada. Nekad dalam perjuangannya, dengan izin ALLAH.”

– “Anda memang layak bro, nama disebut dalam khutbat.”

– “Alhamdulillah, tahniah. Ya ALLAH, saya sebak…”

– “Moga terus sukses. Saya yang lihat ini menangis. Tumpang gembira sampai menitiskan air mata.”

– “Tahniah Azwan, awak memang layak digelar adiwira.”

Baca juga:

10 Trivia Ringkas Abang Viva Viral

Bagi yang belum mengenali siapa Abang Viva, di sini kami kongsikan 10 trivia menarik mengenai pemuda ini.

1. Abang Viva atau Azwan Omar bekerja sebagai operator mesin memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

2. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50, Azwan dikatakan membeli minyak untuk bot sebanyak RM20. Manakala baki RM30 digunakan untuk membeli makanan seperti roti dan air untuk mengalas perut.

3. Antara mangsa banjir yang diselamatkan Azwan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu baru bersalin bersama bayi.

4. ‘Abang Viva’ difahamkan hanya tidur dalam botnya. Namun dia terus bersemangat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir

5. Kisah Azwan tersebar hingga ramai ingin menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada badan sukarelawan lain.

“Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tidak minta untuk jadi viral sampai macam ini, orang masuk dalam Internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir.” -Azwan.

6. Susulan pengorbanan dan jasanya, warga maya menyifatkan pemuda itu layak menerima anugerah ketokohan.

7. Melihatkan keberaniannya yang tidak gentar memasuki kawasan berisiko, rupanya Abang Viva dahulu pernah memohon kerja dalam sektor keselamatan dan pertahanan awam. Namun atas faktor berat badannya yang tidak mencukupi, hasrat berkenaan terpaksa dilepaskan kerana tak melepasi syarat berat wajib.

8. Netizen berkongsi Imam Masjid Negara menitipkan doa buat Azwan ketika khutbah solat Jumaat. “Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja.”

9. Tidak cukup membantu di Selangor, Azwan juga mengikuti misi banjir di Pahang.

10. Warga maya awalnya menyangka Abang Viva sudah berkahwin kerana ada gambar 2 orang anak kecil pada Facebooknya. Rupanya 2 orang anak tersebut adalah anak kepada kakaknya. Abang Viva menjaga kedua-dua orang kanak-kanak tersebut setelah kakaknya meninggal dunia.

Sungguh hebat kisah wira banjir ini. Dia mungkin insan tanpa pangkat dan gelaran tetapi jiwanya amat luar biasa.

Bagi yang ingin mengikuti Abang Viva di media sosial, berikut adalah akaun laman sosial rasminya:

Sumber gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

alza viral

[Video] Pemandu Alza Viral Bawa 3 Kanak-kanak Duduk Luar Tingkap Ditahan

HARI RAYA 2022

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 (1443 H) Di Malaysia