[Video] Pemandu Alza Viral Bawa 3 Kanak-kanak Duduk Luar Tingkap Ditahan

PEMANDU ALZA VIRAL BAWA KANAK-KANAK SECARA MERBAHAYA DITAHAN POLIS

Sebuah video yang memperlihatkan sebuah kereta Alza yang memandu laju membawa 3 orang kanak-kanak yang mengeluarkan badan dari tingkap kereta berkenaan menjadi viral di media sosial.

Perbuatan merbahaya ini mengundang kecaman orang ramai dan tidak kurang juga menimbulkan rasa bimbang terhadap keselamatan mereka.

Bertindak di atas maklumat ekoran video tular berkenaan, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa (3) orang kanak-kanak dalam keadaan berbahaya, pada 28/12/2021 pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

Kemudian pasukan ini telah menahan (1) wanita iaitu pemandu Perodua Alza dan hasil siasatan awal mengesahkan wanita ini yang memandu seperti di dalam video yang tular tersebut.

Menurutnya lagi, (3) orang kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang. Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember 2021 yang lalu.

Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

alza viral

Baca juga:

JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

JSPT menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: