Cara Update MySJ Trace Di MySejahtera Anda

Satu ciri baharu MySejahtera diperkenalkan dalam update terkini. ‘MySJ Trace’ menggunakan Bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga mengguna ciri yang sama.

Ciri tersebut akan memberi maklumat secara ‘live’ bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace.

Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat.

Berikut perkongsian lanjut tentang fungsi baharu tersebut.

Menggantikan Fungsi ‘Check Out’

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.

Semua data interaksi adalah anonymised, bermaksud data tidak akan didedahkan.

Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam setting indoor.

Ciri checkout tidak lagi di pakai.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan beliau di Twitter.

Menurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember 2021.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

Baca juga: Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru

Cara Kemaskini Tetapan Fungsi MySJ Trace Di MySejahtera

Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawah
  3. Tekan butang MULA
  4. Tekan butang SETUJU
  5. Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
  6. Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

mysj trace
mysj trace
mysj trace

Cara MySejahtera Trace Berfungsi

  1. Seseorang yang disahkan positif COVID19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka.
  2. Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan.
  3. Keseluruhan proses pengesanan kontak & penyimpanan data dijamin keselamatan / kerahsiaan oleh kerajaan.
mysj trace

Cara Mengaktifkan MySJ Trace

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.

Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Maklumat Lanjut

Sila rujuk soalan lazim berkaitan fungsi MySejahtera Trace seperti dalam lampiran di bawah:

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: