Cara Mohon Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

Kerajaan bersetuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

Menerusi peruntukan ini, setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat serta cara untuk anda memohon bantuan ini.

Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?

Kerajaan bersetuju menaikkan  kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). 

Semua mangsa banjir boleh membuat permohonan bantuan ini dengan menghubungi Pejabat Daerah dan PPS masing-masing.

Ia juga sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19. 

Syarat Kelayakan

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Jumlah Amaun Kelayakan

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

*Tiada permohonan secara online.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  2. Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  3. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 KEPADA MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR

bantuan wang ihsan banjir rm1000
blank
bantuan wang ihsan banjir rm1000
bantuan wang ihsan banjir rm1000
blank

Untuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:

bantuan wang ihsan banjir rm1000

Sumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386

Baca juga:

Sumber : BERNAMA , Buletin TV3