eTunai RM100 akan Disalurkan Disember ini
eTunai RM100 MADANI: Cara Memohon & Syarat Kelayakan | Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan kredit e tunai sebanyak RM100.
Bantuan ini layak untuk rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember 2023 ini.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: eBeliaRahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL
Kredit eWallet RM100 Untuk B40 & M40
Inisiatif pemberian kredit eTunai RM100 ini adalah merupakan susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan (B40 & M40) layak untuk menerima RM100 secara eTunai.
Dengan dana peruntukkan sekitar RM1 billion, lebih 10 juta rakyat Malaysia yang merangkumi golongan B40 dan M40 akan menerima manfaat bantuan ini.
Semak kelayakan anda dibawah.
Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat kelayakan untuk menerima pemberian eTunai RM100:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 21 tahun ke atas
- Berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah (B40 & M40)
Cara Menebus Kredit eTunai RM100
Sebelum ini, penebusan kredit eTunai yang diberikan seperti eBelia Rahmah boleh dilakukan melalui mana-mana platform yang menggunakan eTunai seperti Shopee, Touch n Go dan seumpamanya.
Pembayaran kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023.
BACA JUGA: Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023
Inisiatif Lain Diumumkan Dalam Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI
- Peruntukan sebanyak RM400 juta akan ditambah untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.
- Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan.
- Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan.
- Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance.
- Kerajaan mengalu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding.
- Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju.
- Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan.
- Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah.
- Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan.
- Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah.
Semoga semua inisiatif & insentif yang diumumkan dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sumber: Twitter Rasmi Perdana Menteri Malaysia (@anwaribrahim)