eBeliaRahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

eBeliaRahmah SETEL | Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

 Berita baik kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT!

Seperti yang dijanjikan, anda boleh mendaftar dan menebus kredit e-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 bermula hari ini melalui aplikasi perkhidmatan e-dompet, salah satunya SETEL. 

Berikut dikongsikan info lebih mengenai eBeliaRahmah 2023 termasuk cara untuk menebusnya melalui aplikasi SETEL.

eBelia Rahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

Apa Itu e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif tahunan pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus sekaligus menggalakkan penggunaan e-tunai (cashless) dalam perbelanjaan harian. 

Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah ini dahulunya dikenali sebagai e-Pemula dalam Belanjawan 2022.  

Bantuan e-dompet sebanyak RM200 ini telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun. 

Ini bermakna walaupun anda sudah berusia lebih 20 tahun namun masih menuntut di mana-mana IPT dalam Malaysia, anda masih layak untuk menerima bantuan ini. 

Dengan peruntukan lebih kurang RM400 juta, inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun. Pemberian bantuan e-Tunai Belia Rahmah bermula pada 26 Jun 2023, hari ini. 

eBelia Rahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

BACA JUGA: eBeliaRahmah Boost: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi Boost

Jumlah eBeliaRahmah Setel 2023

Setiap individu yang layak (berusia 18-20 tahun/pelajar IPT) akan menerima sebanyak RM200 secara one-off.  Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini boleh ditebus bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

NOTA: Setelah kredit berjaya dipohon, anda perlu membelanjakannya selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Syarat Kelayakan

eBelia Rahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia

NOTA: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  1. Kolej Komuniti
  2. Politeknik
  3. Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  5. Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  6. Senior Middle 3
  7. Sijil Tinggi Agama (STAM)
  8. Diploma Kolej Vokasional
  9. Diploma dan setara institusi TVET
  10. Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  11. A-Level
  12. International Baccalaureate Diploma
  13. Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  14. Diploma Lanjutan
  15. Sarjana Muda dan setaraf
  16. Sarjana dan setaraf
  17. Doktor Falsafah dan setaraf
  18. Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.

BACA JUGA: eBeliaRahmah Touch n Go: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi TNG

Cara Tebus eBeliaRahmah 2023 Melalui SETEL

Bagi pengguna aplikasi SETEL, anda boleh menebus RM200, eBeliaRahmah 2023 melalui aplikasi tersebut. Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membantu anda!

eBelia Rahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL

1. Muat turun aplikasi SETEL melalui Apple Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Sekiranya sudah memiliki akaun, anda boleh skip langkah ini. 

2. Buka aplikasi SETEL anda dan klik pada paparan (banner) “eBelia Rahmah”.

3. Semak terma dan syarat, kemudian klik “Tuntut Sekarang”

4. Anda akan menerima notis status permohonan “Tuntutan diluluskan” dan RM200 akan dikreditkan ke akaun SETEL anda. 

NOTA: Jangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBelia Rahmah 2023. 

Apa yang boleh saya lakukan dengan RM200 kredit oleh kerajaan? – SETEL

  • Beli petrol di PETRONAS
  • Beli keperluan harian seperti barang dapur, makanan, fesyen, dan banyak lagi dengan Setel QR & DuitNow QR.
  • Beli-belah di Kedai Mesra
  • Nikmati makanan dan minuman di Café Mesra
  • Menangi tiket konsert untuk menonton persembahan langsung di Singapura!

Selain itu, anda juga berpeluang mendapat pulangan tunai tambahan sebanyak RM105 sekiranya menggunakan aplikasi SETEL untuk menuntut eBeliaRahmah 2023.

Bagaimana nak menuntut pulangan tunai tambahan RM105 dari Setel?

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat pelbagai baucar menarik daripada rakan niaga SETEL!

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah SETEL, sila layari:  https://www.setel.com/

Muat turun FAQ, eBeliaRahmah dibawah: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: