in

Lupa Kata Laluan BKM: Ini Cara Set Semula Password Jika Akaun Disekat

lupa kata laluan bkm
ADVERTISEMENT

LUPA KATA LALUAN BKM (Bantuan Keluarga Malaysia 2022), INI CARA DAPATKAN SEMULA & RESET PASSWORD

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut dikongsikan cara login BKM dan langkah yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak dapat mengakses Portal myBKM atau lupa kata laluan BKM.

ADVERTISEMENT

Pendaftaran BKM & Lupa Kata Laluan

Adakah semua pemohon BKM perlu mendaftar semula MyBKM?

Pendaftaran MyBKM perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BKM 2022 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini.

Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 atau BKC dan telah mendaftar sebelum ini, ID
Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk
MyBKM.

Saya telah memasukkan Nombor MyKad pada Log Masuk BKM, tetapi paparan adalah “Tiada Rekod. Sila buat permohonan / kemas kini permohonan BKM 2022”, apakah yang perlu saya buat?

Mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda:

i. Belum membuat Permohonan Baharu BKM 2022; atau
ii. Permohonan Baharu BKM 2022 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi
belum diambil tindakan oleh LHDNM.

Anda perlu membuat Permohonan Baharu BKM 2022 sekiranya masih belum kemukakan
Borang BKM 2022.

Saya telah memasukkan Nombor MyKad pada Log Masuk BKM dan paparan adalah “ID Pengenalan belum didaftarkan. SIla Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”, apakah yang perlu saya buat?

Mesej berkenaan dipaparkan merujuk kepada Permohonan BKM 2022 anda telah wujud tetapi anda masih belum mendaftar akaun MyBKM. Oleh itu, pendaftaran / log masuk MyBKM boleh dibuat seperti langkah di bawah.

Cara Log Masuk BKM

Untuk log masuk kali pertama MyBKM, anda perlu mendaftar MyBKM terlebih dahulu
seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  3. Maklumat Keselamatan
    • Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    • a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BKM 2022
    • b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    • c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan, sila rujuk tindakan yang perlu dilakukan dalam penerangan seterusnya di bawah.
  4. Pendaftaran MyBKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    • a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
      • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja.
      • Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
      • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKM
    • b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
      • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
      • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    • c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak.
      • Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    • d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
      • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
      • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
      • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKM
    • e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log
  5. Masuk untuk ke Menu MyBKM”. Anda boleh Log Masuk MyBKM
  6. Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBKM, Log Masuk MyBKM adalah seperti berikut:
    • Klik Log Masuk BKM
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

Cara Dapatkan Semula Password Jika Lupa Kata Laluan BKM

SITUASI 1

Saya telah berjaya daftar MyBKM, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk
MyBKM. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan ketika login di https://bkm.hasil.gov.my/ dan tindakan adalah seperti berikut:

lupa kata laluan bkm

a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022

  1. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  2. Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
  3. Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
  4. Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
  5. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  6. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula
  7. kata laluan baharu.
lupa kata laluan bkm

b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022
/ e-mel tidak sah

  1. Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  2. Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Baca juga:

SITUASI 2

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan
anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan
diberikan. Id permohonan akan disekat.

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

SITUASI 3

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan
anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Jika saya masih lupa jawapan
bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh
menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula
akaun BKM.

Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM
dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan pusat pksk

Semakan Pusat Ujian PKSK Bagi Sesi 2022

save 3.0

SAVE 3.0: Cara Mohon e-Rebat RM400 Barang Elektrik