Program Rektrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022

Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022

Program ini bertujuan bagi memantapkan sistem permohonan program keusahawanan yang lebih bersistematik dan memudahkan pengenalpastian calon-calon usahawan yang berkelayakan serta menepati syarat-syarat ditetapkan.

Ia merupakan satu program tapisan kelayakan bagi permohonan bantuan keusahawanan RISDA.

Pada tahun 2022 program ini akan diadakan secara menyeluruh di semua Pusat Tanggungjawab.

Bersama-sama ini disertakan objektif program, syarat-syarat untuk menyertai Program Rekrutmen Usahawan dan soalan lazim.

Apakah Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022?

Program ini dibentuk bagi memantapkan sistem permohonan program keusahawan yang lebih bersistematik dan memudahkan pengenalpastian calon ushawan yang berkelayakan serta menepati syarat-syarat ditetapkan.

Seperti yang dimaklumkan, ia merupakan satu program tapisan kelayakan bagi permohonan bantuan keusahawan RISDA.

Syarat & Kelayakan

  1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil Getah (pemilik pengusaha) atau Ahli Isi Rumah (isteri / suami / anak – keutamaan yang tinggal serumah) warganegara Malaysia yang berdaftar dengan RISDA dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungan.
  2. Keutamaan kepada peserta yang menyertai program tanam semula.
  3. Keutamaan kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM4,395 sebulan sekeluarga (Kategori B40).
  4. Keutamaan juga untuk mereka yang berumur antara 18-60 tahun dan mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang perniagaan yang hendak diceburi.
  5. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.
  6. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.
  7. Berkemampuan menjalanakan bisnes / perniagaan secara separuh atau sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  8. Semua usahawan yang layak akan dipilih melalui proses rekrutmen RISDA.

Cara Permohonan

Calon yang layak dan berminat boleh membuat permohonan melalui laman web RISDA ( rekrutmenrisda.borang.my ) atau datang ke Pejabat RISDA terdekat.

Baca juga:

Soalan Lazim

Berikut dilampirkan Soalan Lazim (FAQ) tentang program ini untuk makluman calon-calon yang berminat untuk mengetahui lebih terperinci.

Rekrutmen Usahawan RISDA

Rekrutmen Usahawan RISDA

Maklumat Lanjut Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022

Untuk mengetahui tentang program ini, Tuan / Puan boleh menghubungi Pejabat RISDA berdekatan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

a) https://pekebunkecilmakmur.com.my/

b) https://www.facebook.com/BPURISDA

c) Telefon : 03 – 4256 4022

d) E-mail : helpdesk.rekrutmenrisda@affiqe)

e) Borang Pendaftaran Online: rekrutmenrisda.borang.my

Layari untuk info mengenai program-program keusahawanan yang dijalankan oleh RISDA.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: