PSU 4.0: Permohonan Program Subsidi Upah, Bayaran RM600 / 4 Bulan
PSU 4.0: Pelanjutan Bantuan Program Subsidi Upah RM600 & Penambahbaikan Kelayakan
Tahukah anda, melalui Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat & Perlindungan Ekonomi (PEMULIH) yang dilancarkan pada 28 Jun yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan Program Subsidi Upah iaitu PSU 4.0 dengan beberapa penambahbaikan.
Di sini kami kongsikan maklumat terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, tarikh-tarikh penting dan cara membuat permohonan.
Apakah PSU 4.0?
PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Melalui inisiatif PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja.
Tarikh Permohonan PSU 4.0 / Pelaksanaan
PSU 4.0 akan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan bermula 1 Ogos 2021.
Permohonan untuk PSU 3.0 ditutup pada 31 Julai.
Tempoh Pembayaran PSU 4.0
Pembayaran kadar RM600 ini akan dibuat selama tempoh empat bulan, iaitu:
- 2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan
- 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Penambahbaikan & Syarat Permohonan
Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM 4,000, namun kali ini di bawah Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon Program Subsidi Upah 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.
Selain itu, majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.
Rujuk syarat-syarat penuh dalam jadual di bawah:
Perincian syarat-syarat lanjut bagi program ini boleh disemak di pautan https://psu.perkeso.gov.my/home.
Baca juga: Moratorium Automatik: Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar
Cara Permohonan
Permohonan PSU 4.0 boleh dilakukan secara atas talian di laman web PERKESO, seperti berikut:
- Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 boleh dikemukakan secara online di Portal PERKESO https://psu.perkeso.gov.my/home
- Dokumen yang diperlukan adalah:
- Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan);
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
- Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.
- *Akuan Pengisytiharan PSU4.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 4.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.
- Majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja bagi PSU 4.0.
- Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
- Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Soalan Lazim
Sila rujuk soalan lazim di bawah untuk maklumat penuh:
Kaedah Kemaskini Permohonan Subsidi Upah Bagi Majikan
Kaedah kemaskini PSU bagi majikan boleh dilakukan mengikut langkah di bawah.
Maklumat Lanjut
Sebarang info terkini berkenaan PSU 4.0 akan diumumkan di laman web PERKESO dari semasa ke semasa.
Untuk info lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.