GPIS : Permohonan Geran Prihatin Insentif Sukan RM3000 One-off
Permohonan Geran Prihatin Insentif Sukan (GPIS) di bawah Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS)
Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan penubuhan satu Sekretariat Prihatan Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE) dimana team SPIKE akan menjadi unit yang responsif dan memberikan maklumat segera mengenai pelaksanaan segala inisiatif dan ikhtiar Kerajaan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.
Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS)
Terdapat 7 Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan antaranya :
- Inisiatif 1: Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS).
- Inisiatif 2 : Moratorium Bagi Pemain Industri Sukan.
- Inisiatif 3 : Insentif Sewaan Fasiliti Sukan.
- Inisiatif 4 : Kuota MyVAC Khusus Untuk Pekerja Industri Sukan.
- Inisiatif 5 : Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS).
- Inisiatif 6 : Program Vaksinasi Industri Sukan Atau Sportivac.
- Inisiatif 7 : Penawaran Kursus-Kursus Berkaitan Sukan Secara Percuma.
Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS)
GPIS merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.
OBJEKTIF
- Membantu meringankan impak dan beban pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi yang terkesan berikutan pandemik
COVID-19. - Menyuntik sinergi baharu terutamanya bagi menstabilkan semula perniagaan berikutan pasca COVID-19.
- Memperkukuhkan kerjasama KBS bersama pemain dan penggiat industri sukan dan rekreasi melalui kerjasama
strategik dan persefahaman pintar.
Kadar Bantuan GPIS
Menerusi GPIS, KBS akan memberikan bantuan geran secara one-off sebanyak RM3,000.00 kepada operator dan pengusaha fasiliti serta kemudahan sukan dan rekreasi yang layak TERTAKLUK kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat Permohonan GPIS
Syarat permohonan GPIS adalah seperti berikut:
Cara Permohonan
Cara membuat permohonan GPIS adalah melalui 2 cara berikut:
- Layari laman web KBS di pautan http://www.kbs.gov.my/geran-prihatin-industri-sukan-gpis.html ATAU
- E-melkan ke [email protected]
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Geran Prihatin Industri Sukan ini, sila rujuk di saluran berikut:
- http://www.kbs.gov.my/geran-prihatin-industri-sukan-gpis.html
- Tel: 03 – 8871 3585/ 3166/ 3246
- Waktu Bekerja : Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- E-mel: [email protected]
Lain-lain Inisiatif
Baca juga: Pendaftaran Sukarelawan MyVac & Elaun Harian RM 100 Sehari
Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman rasmi di http://www.kbs.gov.my/ipbs atau hubungi Sekretariat Prihatan Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE) di talian 03-88713784.