Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM 2021 (Jadual Bulanan)

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2021 disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna melalui bayaran bulanan bagi pemohon yang layak.

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Senarai Bantuan Kebajikan JKM 2021

Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM 2021: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2021 (Jadual Bulanan)

Jadual pembayaran bantuan bulanan kewangan bagi skim BOT, BTB, EPC, BKK dan BPT Tahun 2021 adalah seperti berikut:

Cara Permohonan

Bagi anda yang layak dan ingin membuat permohonan bantuan JKM, ia boleh dilakukan melalui 2 cara berikut:

Permohonan Bantuan JKM Secara Online (Atas Talian)

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  2. Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  4. Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  5. Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’

Permohonan Bantuan JKM Secara Manual

  1. Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  3. Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah : JKM 18 (BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN)

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bayaran bulanan bantuan JKM 2021, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: