SISM40: Pendaftaran Skim Internet Selangor M40 (Pakej Keluarga, Bujang & Asas)

sism40 skim internet selangor

Bermula 1 Julai 2021, Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40) yang dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan 8 pakej menerusi Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Pelanggan pakej berpeluang menikmati subsidi daripada Kerajaan Negeri sekitar RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun.

SISM40 ini dibuka kepada rakyat Selangor bermula Julai 2021.

Berikut dikongsikan syarat-syarat dan perincian setiap pakej yang ditawarkan khas untuk rakyat Selangor menerusi skim ini.

Apakah SISM40?

SISM40 memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet bekelajuan tinggi dengan harga minimum.

Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.

Melalui inisiatif ini terdapat 8 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Melalui langganan pakej-pakej tersebut, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM 10 – RM 30 sebulan dalam tempoh setahun.

Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua 56 Pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Selangor dalam usaha memastikan dan mendapatkan seramai mungkin peserta-peserta yang layak untuk bantuan M40 yang telah dikategorikan dalam pakej ini.

Antara ciri dan kelebihan Skim Internet Selangor M40 ini adalah seperti berikut:

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps – 300 mbps
  • Nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile
  • Terbuka kepada golongan M40
  • Harga yang lebih murah di pasaran
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan
  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum

Baca juga: Senarai Bantuan Yang Diumumkan Dalam Pakej Kita Selangor 2.0

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Lingkungan gaji isi rumah antara RM4,800 dan RM11,000
  4. Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja.
  5. Permohonan hanya untuk individu sahaja, bukan untuk premis perniagaan.
  6. Pengguna Unifi Home sedia ada tidak layak memohon KECUALI yang masih menggunakan Unifi Lite atau Streamyx.

Pakej Yang Ditawarkan

Senarai harga dan pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

PAKEJ ASAS

blank

PAKEJ BUJANG

blank

PAKEJ KELUARGA

blank

Baca juga: Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Cara Pendaftaran SISM40

Pendaftaran SISM40 boleh dibuat secara atas talian. Hanya 5 langkah berikut, mudah dan efisyen.

  1. Daftar atas talian melalui laman web https://sism40.com.my/.
  2. Pilih pakej.
  3. Semakan kelayakan.
  4. Status permohonan.
  5. Pemasangan.

Tempoh Pendaftaran

  • SISM40 ini terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.
  • Peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran, orang ramai boleh melayari https://www.sism40.com.my/ atau menghubungi talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) kecuali pada cuti umum.

Apakah SISM40?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM)
Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

Siapa yang layak memohon SISM40?

Permohonan SISM40 adalah terbuka untuk:Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
Berumur 18 tahun dan ke atas
Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

Apakah pakej yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri melalui SISM40?

Terdapat lapan (8) pakej tawaran SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas