Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

PEMAKLUMAN : Kebenaran Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Di Negeri Selangor Mulai 1 Julai 2021 & SOP Terkini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021, menurut hantaran terkini di Facebook rasmi jabatan tersebut.

Kebenaran majlis akad nikah ini akan dilaksanakan dengan ketetapan / SOP terkini seperti berikut.

  1. Pelaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.
  2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID.
  3. Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantik perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir, termasuk Jurugambar.
  4. Telah mendapat Kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-undanh Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 & Keputusan Ujian saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.
  5. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
  6. Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.
  7. Jika terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk atau Pentadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah.
  8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan.

Baca juga : Ujian Saringan HIV Praperkahwinan 2021: Borang, Klinik & Prosedur

Sop nikah selangor terkini

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berkaitan majlis akad nikah dan SOP terkini di Selangor, sila rujuk di saluran berikut:

SENARAI NOMBOR TELEFON BILIK GERAKAN JAIS DAN PAID UNTUK SEBARANG URUSAN
(URUSAN PERKHIDMATAN DAN TEMUJANJI)

Sop nikah terkini selangor

*Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)