Renew Roadtax Boleh Dibuat Di PUSPAKOM Mulai 1 September
URUSAN PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (RENEW CUKAI JALAN / ROADTAX) BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT DI PUSPAKOM MULAI 1 SEPTEMBER 2021
Kini anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan persendirian (kecuali motosikal) di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM bermula 1 September 2021.
Perkara ini diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melalui sebuah siaran media khas bertarikh 31 Ogos 2021.
Menurut kenyataan rasmi tersebut, ia adalah inisiatif JPJ untuk menambahkan lagi saluran bagi urusan urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan kenderaan persendirian.
Pelaksanaan Pembaharuan LKM (Renew Roadtax) Di Semua Cawangan PUSPAKOM
Inisiatif urusniaga pebaharuan LKM bagi kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM ini akan dilaksanankan secara berperingkat di SEMUA 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagi fasa awal pelaksanaannya, ia hanya akan melibatkan kenderaan persendirian, sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat.
Inisiatif ini akan diperluaskan kepada urusniaga pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing yang dijangka bermula November 2021 nanti.
CARA BUAT TEMUJANJI UNTUK RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM
Buat masa ini, semua urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor perlu dibuat secara temujanji di PUSPAKOM.
Urusniaga secara walk-in adalah tidak dibenarkan.
Mod pembayaran di kaunter PUSPAKOM adalah secara tunai.
Rujuk cara membuat temujanji dalam infografik di bawah:
- Layari laman web https://lkm-appointment.puspakom.com.my/
- Klik ‘Make An Appointment Now’
- Pilih Negeri dan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang ingin anda kunjungi.
- Pilih Tarikh dan Masa.
- Isi maklumat anda dan klik butang ‘Book’.
- Selesai. Anda akan menerima e-mel pengesahan temujanji melalui e-mel yang didaftarkan.
Lakukan temujanji di: https://lkm-appointment.puspakom.com.my atau rujuk MyPUSPAKOM: Permohonan Temujanji PUSPAKOM Online