Cara Hubungi Helpline Shopee Malaysia (No Telefon / E-mel / Livechat)

Platform Shopee adalah antara aplikasi shopping paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

Memang ramai yang suka gunakan Shopee kerana banyak pilihan tersedia dan harga barang yang dijual pula lebih murah daripada pasaran.

Tetapi jika anda berdepan dengan kesulitan atau masalah berkaitan pembelian atau bungkusan yang hilang, sudah pasti perlu menghubungi Shopee Customer Service Malaysia.

Jadi bagaimana caranya hubungi nombor Shopee customer service?

Di sini kami kongsikan maklumatnya untuk rujukan bersama.

Apakah Shopee?

Shopee adalah sebuah aplikasi yang dalam dibidang jual beli secara online dan dapat diakses secara mudah dengan menggunakan telefon bimbit atau laptop.

Shopee didatangkan dalam bentuk aplikasi yang memudahkan penggunanya dalam melakukan kegiatan berbelanja secara atas talian.

Sehingga kini, Shopee menjadi platform online shopping yang popular di Malaysia kerana menawarkan pelbagai produk dan pilihan untuk pembeli.

Masalah Pembeli / Penjual Shopee

Sebagai seorang pembeli mesti terdapat kesulitan yang terjadi, antaranya ialah:

  1. Barang tiba lewat dari tarikh yang dijanjikan.
  2. Terima barangan rosak.
  3. Ketiadaan stok selepas membuat pembayaran.
  4. Kod diskaun tidak berfungsi.

Bagi peniaga pula, anda mungkin mengalami masalah berikut:

  1. Tidak boleh kemaskini produk
  2. Produk terpadam dari sistem secara tiba-tiba
  3. Bungkusan hilang / tidak bergerak
  4. Bungkusan tidak diterima oleh pembeli

Baca juga: Cara Refund Shopee Jika Berlaku Kesilapan & Terima Salah Barang

NO TEL SHOPEE MALAYSIA ( TALIAN HELPLINE )

Terdapat empat cara untuk anda menghubungi pegawai khidmat pelanggan Shopee iaitu:

  1. Menghantar email kepada khidmat pelanggan: [email protected]
  2. Hubungi nombor telefon Customer Service Shopee Malaysia: 03 2777 9222032 298 9222
  3. Pautan pantas Help Centre: https://help.shopee.com.my/my/s/
  4. Live Chat center melalui aplikasi Shopee.

WAKTU OPERASI HELPLINE SHOPEE

Berikut adalah masa operasi helpline / Customer Service Shopee:

  • Talian Khidmat Pelanggan dan Emel:
    • Pukul 9:00 pagi sehingga 6.00 petang( Isnin- Jumaat)
  • Live Chat Center Aplikasi Shopee dan Pautan Help Centre:
    • 24 jam setiap hari
No tel shopee malaysia

PERSEDIAAN SEBELUM HUBUNGI HELPLINE

Berikut adalah persediaan anda sebelum hubungi Helpline Shopee:

  1. Order ID untuk rujukan
  2. Shopee receipt/invoice pembayaran
  3. Jika gunakan live chat atau emel, sediakan Gambar produk (jika berkaitan)

Semoga membantu!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: