Cara Refund Shopee Kalau Scammer Cuba Tipu & Hantar Salah Barang
CARA REFUND SHOPEE JIKA ADA KESILAPAN BARANG, PAKEJ TAK SAMPAI ATAU MASALAH SCAMMER CUBA MENIPU
Hi, Salam sejahtera.
Ini peringatan kepada semua.
Taktik ini dah digunapakai lama oleh scammer dari China.
Dahulu mereka berani buat untuk pembelian yang jumlah kecil, RM1-RM30.
Sekarang dah berani buat untuk jumlah yang besar.
Untuk makluman, saya ada beli gaming chair dari seller ‘gpgpdashi.my’ di China pada tarikh 20/03/2021.
Harga kerusi RM229. Kalau baca review, review 5 star.
Kalau ada review 1 star, kebanyakan review masalah teknikal.
Saya tak pasti sama ada mereka menipu review ataupun seller telah membeli akaun seller yang legit, ataupun tiba-tiba ubah perangai nak jadi scammer.
Tunggu punya tunggu, yang sampai 1 package kecil dan nipis.
Then I check product descriptions. Barulah perasan ada tulis yang pihak seller akan hantar package separately.
Boleh refer gambar dibawah. Baru sedar I kena scammed.
Kalau sesiapa berlaku situasi begini, ini adalah langkah yang anda kena buat, dan jangan buang masa sedikit pun.
Cara Refund Barang Shopee
- Jangan buka package.
- Sampai sahaja package kecil tu, terus snap gambar setiap penjuru package. Kiri, kanan, bawah, atas dan shipping form.
- Tekan Return and refund. Pilih reason “Received wrong products‘, masukkan gambar semua tadi, and buat penerangan sedikit.
- Jangan berbincang dengan seller. Sekiranya rajin dan tidak mudah terpengaruh bolehlah chat dengan dia, atas sebab apa saya kata tak payah chat, seller akan bohong itu ini, sehingga anda sendiri terpedaya dan mungkin akan cancel your return & refund. Lebih baik, jangan discuss langsung.
- Tunggu seller approve return refund, sekiranya dia tak approve, dalam masa 3 hari, automatically team Shopee akan refund directly atau minta kita return.
- Sekiranya seller refuse return/refund, mohon tekan dispute and pihak dispute Shopee akan bantu kita berbincang dan buat keputusan.
- Alert dengan notifications. Sekiranya gagal tekan dispute, kes akan jadi lebih panjang dan memakan masa.
- Kemudian selepas team Shopee minta return, pilih courier berdekatan, dan return semula package dan refund akan dapat.
Rujuk gambar di bawah:
Ini chat dengan seller.
Itu cara saya buat refund barang Shopee – beli 20/3/2021, barang sampai 10/4/2021, saya return 22/4/2021, refund pada 26/4/2021.
Untuk isu begini, tolong JANGAN buat perkara yang saya senaraikan dekat bawah.
- Jangan tunggu 2nd package sampai. Shopee tiada penghantaran package separately. Hanya ada 1 penghantaran dan 1 no tracking. Jangan percaya seller.
- Jangan tekan refund sahaja. Ini yang seller scammer tunggu. Jika tekan refund sahaja, dia akan denied, kemudian dispute, selalunya customer akan terlepas dispute notification yang hanya bertahan 24-72 jam. Bila customer tak respond, automatically duit release ke seller.
- Kita boleh buat kes baharu, tapi akan jadi kes panjang dan buang masa. Atau seller akan perdayakan customer dan dispute team, kasi no tracking kedua, and no tracking tu wujud, tapi tipu semata mata.
Harap membantu sesiapa yang alami situasi yang sama. Jangan terpedaya.
Sekiranya terkena, handle ikut SOP Shopee. Memang mudah nak dapat refund.
Baca juga : Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!
Sedikit info, saya adalah bekas staff e-commerce juga tapi bukan Shopee.
Memang selalu handle kes begini, tapi tak sangka saya pulak yang kena kelentong dengan scammer.
Jangan percaya jika seller kata deliver separately, ramai yang kasi testimoni ada seller memang hantar 2nd package.
Percaya lah, ramai yang tak hantar 2nd package tu. Refund selalunya memang ikut budi bicara agent, pasal sah sah ada pelanggaran T&C.
Ini peringatan bersama.
Jangan tertipu ya!
(Kredit : Najwa Huda)