MyFutureJobs: Cara Daftar, Log Masuk & Mohon Pekerjaan 2024

 MyFutureJobs: Cara Daftar, Log Masuk & Mohon Pekerjaan 2024

Tahukah anda, terdapat satu portal pencarian kerja dengan pelbagai insentif yang ditawarkan oleh PERKESO. Portal pencarian kerja tersebut dikenali sebagai MyFutureJobs. 

Para graduan, pencari kerja mahupun majikan yang sedang mencari pekerja boleh mendaftar di portal tersebut untuk mulakan pencarian kerja atau mencari pekerja. 

Portal ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara!

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: MySTEP 2024 – Cara Memohon & Syarat Kelayakan

MyFutureJobs

MYFutureJobs ialah Portal Pekerjaan Nasional Malaysia untuk semua pencari kerja dan majikan yang yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Di bawah inisiatif ini, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Portal ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan algoritma pemadanan yang disahkan untuk menyediakan padanan kerja yang paling tepat berdasarkan kemahiran dan kecekapan pencari kerja. 

Dengan mendaftar di portal ini, anda berpeluang membina kerjaya dan menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan. 

Cara Mendaftar MyFutureJobs

MyFutureJobs: Cara Daftar, Log Masuk & Mohon Pekerjaan 2024

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk mendaftar akaun di portal MyFutureJobs: 

DAFTAR PENGGUNA BARU

  1. Layari laman web rasmi MyFutureJobs di pautan berikut: www.myfuturejobs.gov.my 
  2. Klik pada ‘Jobseeker Sign In’ di bahagian atas sebelah kanan skrin.
  3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama.
  4. Isikan alamat e-mel, nombor IC dan kata laluan anda. Kemudian klik Daftar.
  5. Terima terma dan syarat untuk log masuk. Anda akan diarahkan secara automatik ke halaman Profil.

LOG MASUK

Untuk log masuk sebagai Pengguna Berdaftar;

  1. Klik pada ‘Jobseeker Sign In’ di bahagian atas sebelah kanan skrin.
  2. Dalam tetingkap Log Masuk, masukkan NRIC dan kata laluan anda. Kemudian klik Log masuk.
  3. Anda akan diarahkan secara automatik ke halaman Cari pekerjaan di mana anda boleh mula mencari pekerjaan.

NOTA: Rujuk PDF di bawah untuk mengetahui langkah-langkah mendaftar/log masuk dengan terperinci.

Bagi majikan (employer) yang ingin mendaftar dan mengiklan pekerjaan, boleh layari pautan berikut: https://employers.myfuturejobs.gov.my/

Cara Memohon Pekerjaan

Untuk memohon pekerjaan melalui portal ini, anda boleh membuat carian di laman web MyFuture_Jobs dengan mudah.

Sila buat carian mengikut :

  • Jenis pekerjaan
  • Lokasi
  • Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)

Selain itu, anda juga boleh mengikuti sosial media sosial MyFutureJobs untuk mengetaui peluang pekerjaan terkini;

Kelebihan MyFutureJobs

  1. Teknologi AI dan Algoritma: Menggunakan teknologi terkini untuk memadankan pencari kerja dengan majikan yang sesuai.
  2. Karnival Kerjaya: Memberikan peluang networking dan pencarian kerja melalui acara-acara khusus.
  3. Panduan dan Sumber: Menyediakan bahan-bahan yang membantu pengguna memahami dan menggunakan portal ini dengan lebih baik.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi atau layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: