Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Buah Negeri
Berikutan kelonggaran merentas negeri telah pun dilaksanakan, pasti ramai orang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, sebelum anda menuju ke destinasi, anda perlu lakukan persediaan dahulu.
Antaranya ialah melihat ramalan kaji cuaca, persediaan kenderaan dan diri. Hujan lebat dan ribut petir ketika memandu sangat bahaya kerana boleh mengundang kemalangan terutamanya apabila jalan menjalin licin ditambah lagi dengan bunga tayar tayar haus.
Bagi anda yang bercadang untuk bercuti pada minggu ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengemas kini ciapan di laman Twitter di mana setakat jam 6 petang tadi, beberapa negeri di Malaysia dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.
Negeri-negeri yang terlibat adalah:
- Perlis
- Kedah: Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
- Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
- Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim
- Kelantan: Jeli dan Gua Musang
- Terengganu: Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman
- Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin
- Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak
- Johor: Segamat
- Sarawak: Serian, Samarahan, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri (Telang Usan)
- Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/laGGLYYZag
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 24, 2021
Susulan itu, pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika hujan lebat kerana permukaan jalan yang licin serta penglihatan yang terhad.
Antara persediaan lain yang anda perlu lakukan sebelum melakukan perjalanan adalah.
1 – Periksa Kenderaan
Untuk mengelakkan kenderaan anda mengalami masalah kerosakan enjin disebabkan menempuh perjalanan yang jauh, anda perlu periksa sukatan minyak enjin, minyak gear, air radiator, lampu hadapan, belakang dan isyarat, air bateri kereta anda masih di dalam keadaan baik dan mampu berjalan jauh.
2 – Periksa Bunga Tayar
Bunga tayar perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan kerana jika berlaku hujan, permukaan bunga tayar yang haus boleh mengundang kereta anda tergelincir.
Baca juga : Tarikh Cuti Penggal Sekolah / Jadual Cuti Umum Negeri
3 – Periksa Tekanan Angin Tayar & Tayar Simpanan
Tekanan angin tayar juga penting bagi memastikan perjalanan anda menjimatkan kerana kenderaan anda bergerak pada prestasi yang optimum. Di samping itu, tekanan angin tayar simpanan juga sudah tersedia jika berlaku apa-apa.
4 – Topup Kad Touch ‘n Go
Semak dulu baki kad Touch ‘n Go anda sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya baki tidak mencukupi, seeloknya di tambah sekali untuk perjalanan balik. Anda boleh menjimatkan masa daripada perlu beratur di lorong tol tunai yang panjang.
Baca juga : 8 Lokasi Air Terjun Menarik Dan Popular Untuk Anda Kunjungi Di Selangor
5 – Sediakan air di dalam botol
Disebabkan bukan anda seorang sahaja yang pulang ke kampung, ramai lagi yang juga pulang ke kampung. Jadi sediakan air di dalam botol dan letakkan di dalam kereta sebagai persediaan jika tandas penuh, surau penuh, tandas tiada air, ataupun boleh digunakan jika berlaku kecemasan.
6 – Rehatkan badan sebelum memandu
Bagi yang memandu pastikan anda dapatkan tidur yang secukupnya. Jika perlu bertukar-tukar dengan pasangan untuk memandu jika perjalanan anda jauh. Jika terasa mengantuk terus dapatkan kawasan yang selamat untuk berhenti dan berehat sebentar.