PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri 2023) – Tarikh Penting & Semakan

PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri 2023) – Tarikh Mengundi & Penamaan Calon SPR

Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri 2023 atau PRN 2023 bakal diadakan untuk 6 negeri yang terpilih. Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRN 2023 ini, mari teruskan bacaan anda. 

PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri 2023)

Pilihan raya adalah merupakan satu proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia bagi memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen.

Pilihan raya negeri 2023 ini melibatkan negeri-negeri tertentu sahaja; Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tujuan PRN 2023 ini diadakan di 6 negeri yang terlibat adalah kerana semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada November 2022 yang lalu, 6 negeri ini tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.

Oleh itu, ia ditangguhkan sehinggalah waktu yang sesuai. Untuk makluman, PRN dan PRU boleh dilakukan secara serentak kerana ia lebih menjimatkan wang negara. 

Namun, ada negeri yang memilih untuk mengadakan pilihan raya secara berbeza disebabkan oleh hal-hal tertentu seperti ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu yang berlaku di dalam negeri pada masa-masa tertentu.

Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos 2023 ini sebagai hari pengundian dan hari pengundian awal pada 8 Ogos 2023.

Manakala 29 Julai 2023 sebagai hari penamaan calon.

Selain itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di Menara SPR. 

  • Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)
  • Hari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)

Bilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan Dalam PRN 2023

Berikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023:

  • 36 kerusi Dewan – Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan – Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan – Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan – Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan – Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri – Negeri Sembilan

Semakan Daftar Pemilih

Bermula 17 JULAI 2023, para pengundi yang terlibat dalam PRN 2023 ini boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka. 

Anda boleh rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi SPR di pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
  2. Klik  “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  5. Klik “Semak”
  6. Hasil carian akan dipaparkan
PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri 2023)

NOTA:

Sekiranya anda belum pernah mendaftar atau mengaktifkan akaun MySPR, sila rujuk panduan di pautan berikut:

Undi Pos

Bagi pengundi yang termasuk dalam kategori undi pos luar negara atau dalam negara, permohonan boleh dilakukan sejak 15 JUN 2023 yang lalu lagi.

Anda boleh rujuk tarikh tutup permohonan mengikut kategori seperti di jadual di bawah. 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari: https://www.spr.gov.my/ 

Atau, rujuk kenyataan media di bawah:

PRN 2023 (Pilihan Raya Negeri 2023)
tarikh prn 2023
tarikh prn 2023
tarikh prn 2023
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: