3 Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Berhampiran Jejantas R&R Ayer Keroh

Perjalanan sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun dari Johor Bahru, Johor untuk bercuti di ibu negara berubah tragedi selepas ketiga-tiganya maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Alor Gajah di sini hari ini.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Ezanee Hamat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.02 pagi sebelum sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Jazz dinaiki tiga sekeluarga dan lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki.

“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Operasi tamat jam 1.09 tengah hari dan kemalangan turut menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh kira-kira lima kilometer.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Nahas tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, lori jenis Isuzu yang sedang menjalankan kerja pembaikan pembahagi jalan tengah telah berhenti di lorong paling kanan dan dalam proses meletakkan kon.

Manakala kereta mangsa jenis Honda Jazz yang datang dari arah belakang telah melanggar lori tersebut.

Akibat pelanggaran tersebut, ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala pemandu lori telah ditahan untuk siasatan.

Muhammad Nazirul Syafiq Azmi dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak yang masing-masing berusia 28 tahun serta bayi mereka, Muhammad Rizqi berusia dalam lingkungan 12 bulan.

Sumber: Polis Alor Gajah, Jabatan Bomba Negeri Melaka via BERNAMA, Utusan Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: