Lelaki Ini Kongsi 3 Perkara Kena Elak Buat Depan Anak!

Ibu bapa adalah contoh yang terdekat bagi anak-anak dalam meniru segala pertuturan dan kelakuan.

Sebagai ibu bapa, kita perlulah menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak. Ini kerana segala tingkah laku dan pertuturan akan diikuti oleh anak-anak sepanjang tempoh tumbesaran mereka.

Anda perlu tahu bahwa mata anak-anak ini tidak pernah berhenti dari memerhati kita. Segala semua perkara yang dituturkan dan dilakukan oleh ibu bapa akan diperhatikan oleh anak-anak.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi’

Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peranan sebaik mungkin dalam mencorakkan anak-anak supaya menjadi seorang yang baik budi pekertinya.

Menerusi posting di Facebook Mohd Fhais Salim, lelaki ini telah kongsikan 3 perkara yang perlu dielakkan buat dihadapan anak-anak.

May be an image of text that says "Mohd Fhais @mohdFhais 3 perkara ni kena elak buat depan anak, buruk natijah anak nampak. Sekarang dah boleh rentas negeri rentas mesti nak balik kampung, pergi bercuti atau jalan-jalan dengan keluarga. Mana pun kita pergi kena ingat, setiap gerak geri kita sentiasa diperhatikan macam CCTV. Translate Tweet"

Pertama- Kutuk makanan

May be an image of text that says "Mohd Fhais @mohdFhais @mohdFhais Pertama Kutuk makanan Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni. Nak aja anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan. Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia kita wajib hargai semahal yang boleh. Translate Tweet"

Kedua- Tengking isteri

May be an image of text that says "Mohd Fhais @mohdFhais Kedua Tengking isteri Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua susah dia nak hormat ibunya. Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih dari ayah tau, jad kita kena la tunjuk contoh yang betul. Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isterinya. Translate Tweet"

Ketiga- Marah Anak Orang

May be an image of text that says "Mohd Fhais @mohdFhais Ketiga Marah anak orang Anak belajar dengan meniru apa saja ibu bapanya buat. Dari cara guna otak hinggalah kepada cara bu bapa guna emosi. Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu. Jadi perengus la dia nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti. Translate Tweet"

Oleh itu, peranan seorang ayah sangatlah besar dalam rumahtangga kerana daripada ayahlah anak-anak akan belajar segalanya.

May be an image of text that says "Mohd Fhais @mohdFhais Peranan seorang ayah ni sangat besar dalam rumahtangga. Dari ayah anak belajar cara bersyukur, Dari ayah anak belajar cara menghormati orang, Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil. Anak sempurna jika ayah tunjukkan contoh menjadi yang sempurna. Translate Tweet"

Kredit: Mohd Fhais Salim

Inginkan artikel yang lebih menarik klik disini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: