Wanita Ini Kongsi 7 Petua Semula Jadi Hilangkan Tumit Kaki Merekah!
CANTIK itu bukalah terletak pada rupa paras mahupun tubuh badan seseorang. Tetapi ia juga merangkumi keseluruhan tubuh badan daripada rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Walaupun tumit kaki merekah sering dialami oleh wanita, namun lelaki juga tidak terlepas daripada masalah ini.
Punca tumit kaki merekah adalah disebabkan kurangnya air dibadan sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengeras, masalah berat badan yang berlebihan dan sabun yang digunakan adalah bersifat mengeringkan kulit.
Untuk merawat punca masalah tumit kaki yang merekah ini ada pelbagai petua dan cara-cara semula jadi.
Antara petua-petuanya adalah:
1. Bawang putih dan limau nipis.
– Tumbuk 4 ulas bawang putih.
– Pastu campur ngan air perahan limau nipis.
– Pastu bancuhan ni korang sapu kat tumit kaki yang pecah tu.
2. Belimbing buluh (Ambik belimbing buluh)
– Potong dua.
– Pastu gosok jek belimbing tu kat tumit.
– Guna belimbing buluh ok! Bukan buluh betung.
3. Ubat gigi
– Jangan tak tau, ubat gigi pun boleh hilangkan tumit merekah.
– Sapu jek ubat gigi kat tumit sebelum tido.
– Buat macam krim.
– Biasanya kan, cari ubat gigi Colgate atau darkie yang pesen lama tu. Ala, yang basic jek.
4. Betik Muda
– Gosok betik muda kat tumit.
– Biar dalam 10 minit.
– Bila dah kering, bilas.
– Ulang 2 kali seminggu tau.
5. Asam gelugor dan cuka
– Ambik 5 keping asam gelugor ngan 2 sudu makan cuka.
– Masukkan dalam besen yang kita isi air sejuk.
– Pastu, rendam kaki korang dalam 10 minit.
– Ni kene buat hari hari tau.
6. Bawang merah
– Ni sama macam kekdah belimbing buluh ngan betik muda tu.
– Kita potong jek bawang merah, pastu gosok gosok kat tumit.
7. Rumput yang ada embunah (cara ni rare sikit)
– Pepagi tu, korang kene pijak rumput yang ada embun, gesel gesel kan kaki tu kat rumput.
– Kasut kene bukak eh. Jangan korang pakai kasut lak. Kang, tumit korang tak licin, tapak kasut yang licin.
Namun sekiranya anda ingin cuba cara moden, anda bolehlah membeli losyen tumit yang bersesuaian di farmasi atau anda juga boleh ke spa untuk membuat rawatan tumit merekah.
Kredit: Habibah Badar Bajrai
Inginkan lebih tips yang menarik tekan disini